Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Semua PMD bermotor mesti patuhi piawai keselamatan kebakaran jelang 2021

Semua alat mobiliti peribadi (PMD) bermotor perlu mematuhi piawai keselamatan kebakaran menjelang 2021 bagi menjaga keselamatan orang ramai, kata Menteri Negara Kanan Pengangkutan Lam Pin Min di Parlimen hari ini (10 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Sep 2018 06:08PM Dikemas Kini : 10 Sep 2018 10:10PM

SINGAPURA: Semua alat mobiliti peribadi (PMD) bermotor perlu mematuhi piawai keselamatan kebakaran menjelang 2021 bagi menjaga keselamatan orang ramai, kata Menteri Negara Kanan Pengangkutan Lam Pin Min di Parlimen hari ini (10 Sep).

Semasa bacaan kedua Rang Undang-Undang (Langkah Penguatkuasaan) Pengangkutan Darat, Dr Lam berkata terdapat lebih 80 insiden kebakaran melibatkan PMD bermotor sejak 2016.

"Ini sangat membimbangkan," katanya kepada Dewan, sambil menambah bahawa banyak alat serupa yang dijual di Singapura tidak memenuhi sebarang piawai keselamatan yang boleh diyakini.

Pada masa akan datang, Kementerian Pengangkutan akan menggunakan piawai keselamatan UL2272 dalam peraturannya berkaitan PMD bermotor di Singapura.

PMD yang tidak memenuhi piawai UL2272 dilarang digunakan di jalan laluan awam mulai Januari 2021, kata Dr Lam.

Bagi para peruncit pula, Pemerintah merancang untuk melarang mereka daripada menjual PMD seumpama itu mulai Julai 2019.

Para pengguna PMD yang tidak mematuhi piawai tersebut boleh terus menggunakannya sehingga penghujung 2020. Tempoh tangguh itu bagi memudahkan UL2272 diperkenalkan sebagai piawai teknikal, kata Dr Lam.

Beliau menambah, piawai tersebut, yang dilakarkan oleh sebuah syarikat pensijilan bebas Amerika Syarikat, berupaya "mempertingkatkan dengan ketara" keselamatan PMD bermotor daripada sebarang insiden kebakaran dan elektrikal.

Dr Lam berkata bahawa Kementerian Pengangkutan sangat menggalak para pemilik PMD bermotor supaya menukar kepada peranti-peranti yang memenuhi piawai UL2272 secepat mungkin bagi mengurangkan risiko berlakunya insiden kebakaran.

"Ketika membeli PMD, para pelanggan harus mencuba untuk membeli daripada sumber-sumber yang diyakini di samping memastikan ia memenuhi piawai keselamatan kebakaran. Para pelanggan juga perlu mengelak daripada mengecas bateri terlalu lama, mengubah suai PMD mereka atau menukar komponen elektrikal PMD masing-masing," tambah beliau.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan