Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Semua pihak perlu main peranan perkukuh benteng pertahanan ruang siber, kata Dr Maliki

Semua pihak perlu memainkan peranan untuk sama-sama memperkukuh benteng pertahanan di ruang-ruang siber daripada diserang.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAMediacorp: Semua pihak perlu memainkan peranan untuk sama-sama memperkukuh benteng pertahanan di ruang-ruang siber daripada diserang.

Ini sedang Pemerintah dan agensi-agensinya mempergiat usaha bagi memastikan insiden serangan siber yang diumumkan semalam (20 Jul) tidak berulang lagi.

Itulah yang ditekankan oleh Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Ehwal Luar, Dr Maliki Osman, semasa ditemui di luar acara Festival SkillsFuture di Wisma Geylang Serai hari ini (21 Jul).

Insiden pencerobohan besar-besaran ke atas pangkalan data maklumat peribadi para pesakit SingHealth itu disifatkan sebagai "serangan siber disengajakan dan dirancang" dengan teliti.

Oleh itu, Pemerintah akan terus mempergiat usaha untuk memperkukuh pangkalan-pangkalan data di negara ini.

"Serangan siber ini sesuatu yang kita ambil serius. Ia bukan sesuatu yg dilakukan oleh anak-anak muda, sesuatu permainan. Ia merupakan sesuatu yang dikatakan disengajakan, terancang bermakna ia sesuatu yang telah diaturkan secara terperinci oleh badan-badan yang ingin kita ketahui siapakah mereka," Dr Maliki memberitahu BERITAMediacorp.

Pemerintah mengumumkan semalam penubuhan sebuah Jawatankuasa Siasatan (COI) untuk menyiasat insiden pencerobohan keselamatan siber itu secara tuntas.

Ia termasuk langkah-langkah untuk mengukuhkan benteng keselamatan sistem IT di negara ini daripada serangan-serangan siber seperti itu pada masa hadapan.

Namun setiap individu juga, tekan Dr Maliki, perlu turut memainkan peranan untuk memperkuatkan lagi benteng pertahanan siber mereka.

"Individu juga (perlu) memainkan peranan mereka, memastikan mereka dalam menggunakan ruang siber tersebut mempertahankan diri mereka juga.

"Kemahiran kita mempertahankan diri kita dalam ruang siber adalah satu perkara yg penting," kata Dr Maliki.

Mengulas tentang kementeriannya, iaitu Kementerian Pertahanan (MINDEF), Dr Maliki berkata ia sudah mengambil langkah-langkah bagi memperketat kawalan ke atas data-data dalam sistem operasinya.
Menurutnya sistem yang digunakan adalah berbeza dengan sistem berasaskan internet.

"Kita juga telah menubuhkan Pertubuhan Pertahanan Siber (CDO) untuk memastikan sistem dan benteng pertahanan kita tidak mudah diserang.

"Jadi ini akan memastikan bahawa kita lebih mempertingkatkan benteng kita dan setiap operasi kita langsung tidak dikaitkan dgn sistem internet," dedah Dr Maliki kepada BERITAMediacorp. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan