Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Semua permit sudah diluluskan': Nas Daily rancang bertemu peminat di Kebun Bunga S’pura

Vlogger Nas Daily, yang berpindah ke Singapura baru-baru ini, bakal mengadakan satu sesi bertemu peminat di Kebun Bunga Singapura (20 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
'Semua permit sudah diluluskan': Nas Daily rancang bertemu peminat di Kebun Bunga S’pura

Vlogger Nas Daily.

Diterbitkan : 19 Apr 2019 11:55AM Dikemas Kini : 19 Apr 2019 12:04PM

SINGAPURA: Vlogger Nas Daily, yang berpindah ke Singapura baru-baru ini, bakal mengadakan satu sesi bertemu peminat di Kebun Bunga Singapura (20 Apr).

Warga Israel, yang nama sebenarnya ialah Nuseir Yassin memberitahu Mediacorp bahawa permit-permit sudah diperolehi untuk mengadakan acara itu.

"Kesemua permit yang diperlukan sudah diluluskan," kata Encik Yassin dalam satu wawancara dengan Mediacorp melalui panggilan telefon.

"Kami sudah berbincang dengan pihak polis dan Kebun Bunga Singapura, kerana kami ingin memastikan segala-galanya akan berjalan dengan lancar.

Beliau menambah: "Salah satu sebab saya tertarik dengan Singapura, adalah kerana segala-galanya di negara ini teratur. Dan semuanya berjalan dengan lancar dan teratur bagi acara Sabtu ini."

Beliau bagaimanapun tidak mahu mendedahkan jenis permit yang diluluskan apabila ditanya oleh Mediacorp.

Mediacorp juga sudah menghubungi pihak polis untuk bertanya mengenai permit-permit yang diperlukan bagi acara itu.

Encik Yassin turut berkata bahawa di acara itu, beliau akan bercakap tentang Singapura, dan mengapa beliau memutuskan untuk berpindah ke sini.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan