Images
  • airport covid
    Kawasan persinggahan Terminal 3 Lapangan Terbang Changi semasa penularan COVID-19. (Gambar: Jeremy Long)

Semua pelawat ke S'pura dari M'sia, Jepun mulai 22 Nov perlu jalani SHN 2 minggu

SINGAPURA: Mulai tengah malam lusa (22 Nov), semua orang yang tiba di Singapura dari Malaysia dan Jepun perlu menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selama dua minggu di kemudahan-kemudahan yang dikhaskan.

Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian menyatakan langkah terbaru itu dilaksanakan kerana kes COVID-19 yang semakin meningkat di dua negara itu kebelakangan ini.

Peraturan baru itu meliputi juga mereka yang sebelum ini mendapat kelulusan untuk menjalani SHN di kediaman masing-masing.

Begitu juga mereka yang kerap berulang alik Malaysia-Singapura untuk bekerja serta mereka yang berpangkalan di Singapura dan pulang dari Malaysia di bawah Peraturan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL).

Mulai tengah malam Jumaat depan, (27 Nov) pula semua rakyat asing dari Malaysia perlu menjalani ujian PCR dalam masa 72 jam sebelum masuk ke Singapura.

Bagaimanapun ujian itu tidak perlu dilakukan oleh mereka yang berpangkalan di Singapura dan pulang di bawah RGL.

- CNA/MU/na

Top