Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Semua pasangan bawah umur mesti dapat izin ibu bapa, tamat kursus rumah tangga sebelum bernikah

Mulai 1 Oktober, pasangan Muslim bawah umur di mana salah seorang atau kedua-duanya berusia bawah 21 tahun diwajibkan menamatkan kursus persiapan rumah tangga dan mendapatkan keizinan ibu bapa atau waris mereka sebelum mendaftar untuk bernikah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Mar 2018 01:22PM Dikemas Kini : 09 Mar 2018 12:29AM

SINGAPURA: Mulai 1 Oktober, pasangan Muslim bawah umur di mana salah seorang atau kedua-duanya berusia bawah 21 tahun diwajibkan menamatkan kursus persiapan rumah tangga dan mendapatkan keizinan ibu bapa atau waris mereka sebelum mendaftar untuk bernikah.

Ini menyusuli pindaan terhadap Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (AMLA) pada tahun lalu, menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Yaacob Ibrahim di Parlimen hari ini (8 Mac).

"Meskipun jumlah perkahwinan bawah umur sudah merosot dari 10 peratus pada 2007 kepada 3.6 peratus pada 2017, kumpulan ini masih memerlukan sokongan," kata beliau sambil menambah bahawa kursus persiapan rumah tangga akan memanfaatkan sekitar 200 pasangan bawah umur setiap tahun.

Kursus tersebut yang dikendalikan oleh Hab INSPIRASI membantu pasangan bawah umur membuat keputusan yang lebih berhemah sebelum bernikah dan mempersiapkan mereka bagi menyesuaikan diri dan mengharungi cabaran-cabaran berumah tangga.

"Hab-hab itu adalah pusat-pusat yang dikhususkan bagi membantu pasangan bawah umur dan pasangan muda mempersiapkan diri sebelum mendirikan rumah tangga dan meningkatkan kesedaran tentang kewajipan mereka dan pentingnya persiapan sebelum berumah tangga dan sokongan ibu bapa mereka," tegas Dr Yaacob.

Beliau menambah bahawa Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) sedang bekerjasama dengan Hab INSPIRASI untuk mempertingkat kurikulum kursus tersebut.

Menyentuh tentang mendapatkan keizinan ibu bapa atau waris mereka, MSF dalam kenyataannya mendedahkan bahawa syarat-syarat itu serupa dengan undang-undang di bawah Piagam Wanita.

Syarat-syarat yang sedia ada bagi mendapatkan keizinan daripada wali atau waris seperti yang termaktub dalam AMLA, kekal tidak berubah.

Menurut Dr Yaacob, PPIS Vista Sakinah, akan bekerjasama dengan agensi-agensi yang membantu keluarga tiri yang berpendapatan rendah dan mengecualikan yuran kursus persiapan rumah tangga bagi mereka. Vista Sakinah ialah sebuah pusat untuk membantu golongan Melayu/Islam membina semula rumah tangga dan pasangan yang berkahwin semula.

"Pusat ini akan membantu meningkatkan kesedaran melalui tempat-tempat rujukan seperti masjid dan agensi masyarakat yang lain dan memanfaatkan media sosial dan radio," tambah Dr Yaacob sambil mendedahkan bahawa pusat tersebut akan membina keupayaan jurulatihnya dan meningkatkan kandungan berdasarkan bukti.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan