Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Semua jemaah haji Singapura tiba di Arafah malam ini

Kesemua 900 jemaah haji Singapura sudah mula bergerak ke Arafah untuk permulaan kemuncak ibadah haji.

Anggaran Waktu Membaca:
Semua jemaah haji Singapura tiba di Arafah malam ini

Gambar hiasan jemaah haji menaiki bas untuk menuju ke Arafah (Gambar: APTN)

SINGAPURA: Kesemua 900 jemaah haji Singapura sudah mula bergerak ke Arafah untuk permulaan kemuncak ibadah haji.

Mereka bergerak ke Arafah pada Jumaat (9 Ogos) kira-kira pukul 9.00 malam waktu Singapura.

Mereka akan berada di padang Arafah untuk ibadah berwukuf esok, yang akan bermula pada tengah hari waktu tempatan.

Buat julung-julung kalinya tahun ini, para jemaah Singapura akan dapat menikmati khemah-khemah berhawa dingin lebih baik di Arafah dan Mina.

Sepanjang pagi tadi, para jemaah Singapura membuat persiapan terakhir untuk pergerakan memulakan kemuncak ibadah haji tahun ini.

Ini termasuk mengemaskan keperluan untuk tempoh dua tiga hari akan datang, semasa mereka berada di Arafah dan Mina.

Empat bas ulang alik disediakan untuk mengangkut kesemua 900 jemaah haji Singapura ke Arafah.

Tahun ini, para jemaah dapat menikmati khemah-khemah berhawa dingin lebih selesa serta hidangan makanan buffet di Arafah dan Mina.

Ia hasil peningkatan perkhidmatan yang melibatkan kos tambahan S$400 bagi setiap jemaah.

Tetapi kos itu dikongsi sama rata antara pihak GSA dengan para jemaah.

Pada tepat waktu Zohor esok, ibadah berwukuf akan bermula.

Dan selepas maghrib, para jemaah haji Singapura akan mula meninggalkan Arafah untuk singgah di Muzdalifah, sebelum melontar jamrah pertama iaitu jamrah Aqaba di Mina.

Sumber : BERITA Mediacorp/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan