Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Semua bungkusan produk tembakau dengan grafik amaran lebih besar diwajibkan mulai 1 Julai

Semua produk tembakau dijual di Singapura  dikehendaki menggunakan bungkusan biasa dengan amaran kesihatan grafik yang meliputi sebahagian besar daripada bungkusan mulai 1 Julai.

Anggaran Waktu Membaca:
Semua bungkusan produk tembakau dengan grafik amaran lebih besar diwajibkan mulai 1 Julai

Susun atur yang diusulkan bagi bungkusan seragam pada kotak rokok. (Gambar: MOH)

Diterbitkan : 29 Jun 2020 07:07PM Dikemas Kini : 29 Jun 2020 07:08PM

SINGAPURA: Semua produk tembakau dijual di Singapura dikehendaki menggunakan bungkusan biasa dengan amaran kesihatan grafik yang meliputi sebahagian besar daripada bungkusan mulai 1 Julai. Ia sebahagian daripada usaha berterusan negara ini untuk mencegah warga Singapura merokok dan mewujudkan masyarakat bebas tembakau, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Isnin (29 Jun).

Peraturan yang dikenali sebagai itu Langkah SP itu dikenakan ke atas semua produk tembakau termasuk rokok, cerut, rokok daun, ang hoon (daun tembakau longgar) dan produk tembakau gulung sendiri yang lain, kata MOH.

Di bawah langkah itu bungkusan rokok tidak dibenarkan menggunakan logo, warna, dan maklumat promosi.

Nama jenama dan nama produk dibenarkan tetapi dalam warna dan gaya huruf standard.

Saiz amaran kesihatan melalui grafik juga harus sekurang-kurangnya 75 peratus pada permukaan bungkusan berbanding 50 peratus sekarang.

"Langkah SP untuk produk tembakau adalah sebahagian daripada pendekatan berbagai aspek yang bertujuan, antara lain, untuk mencegah bukan perokok daripada mula merokok, menggalak perokok untuk berhenti merokok dan menggalak warga Singapura untuk mengamalkan gaya hidup bebas tembakau yang pada akhirnya akan membawa kepada mengurangkan kekerapan merokok," jelas MOH.

"Mereka yang didapati tidak mematuhi Peraturan SP, akan didenda tidak lebih S$10,000, penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali bagi pesalah kali pertama. Mereka yang disabit kesalahan sebelumnya akan menghadapi hukuman lebih berat," tambah kementerian itu.

Keputusan untuk melaksanakan Langkah SP bagi semua bungkusan tembakau pertama kali diumumkan pada Oktober 2018 berikutan satu "proses meluas" menyemak kajian, penyelidikan serta bukti antarabangsa dan tempatan sedia ada berhubung Langkah SP. Ini selain beberapa pusingan rundingan awam, jelas kementerian itu.

Sebagai persiapan bagi pelaksanaan penuh Langkah SP, pengeluar, pengimport, pemborong dan peruncit tembakau diberi 12 bulan tempoh penyesuaian serta persediaan mulai 1 Julai 2019. Ini termasuk tempoh peralihan tiga bulan dari 1 April 2020 hingga 30 Jun 2020.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan