Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Semua 3,700 kambing korban habis dijual oleh JKMS

Semua 3,700 kambing korban yang diimport dari Australia untuk Hari Raya Haji bulan ini sudah habis dijual - seminggu lebih awal dari tarikh tempahan ditutup.

Anggaran Waktu Membaca:
Semua 3,700 kambing korban habis dijual oleh JKMS

Gambar hiasan kambing Australia. (Gambar: MARIE KNIGHT / FRANK & MICKY WHITEHOUSE / AFP)

SINGAPURA: Semua 3,700 kambing korban yang diimport dari Australia untuk Hari Raya Haji bulan ini sudah habis dijual - seminggu lebih awal dari tarikh tempahan ditutup.

Jawatankuasa Korban Masjid-Masjid Singapura (JKMS) mengumumkan perkembangan terkini itu dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (2 Ogos).

Kambing-kambing korban dari Australia itu dijadual tiba di Singapura antara tiga dengan empat hari sebelum Hari Raya Haji yang jatuh pada tanggal 21 Ogos nanti.

Persiapan bagi ibadah korban sekarang akan diteruskan ke tahap selanjutnya di semua 26 masjid.

Ini meliputi pelbagai aspek, termasuk latihan yang dijalankan oleh JKMS dan Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) bagi para sukarelawan ibadah korban dari segi penjagaan haiwan dan pengendaliannya.

MUIS memberitahu BERITAMediacorp, sesi-sesi latihan tertutup juga diadakan bagi memastikan semua pusat terlibat mematuhi piawai tinggi yang sama seperti yang ditetapkan oleh Sistem Jaminan Rangkaian Bekalan Pengeksport (ESCAS).

JKMS turut mengucapkan terima kasih kepada masyarakat atas sokongan mereka kepada ibadah Korban 2018, menurut kenyataan media itu lagi.

Tempahan bagi kambing-kambing korban tahun ini dibuka dari 3 Julai lalu hingga 8 Ogos.  

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan