Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Seminar anjuran AMP & Pusat Kebapaan bantu ibu bapa pupuk kemahiran keibubapaan

'Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing'. Pepatah Melayu ini dijadikan tema Seminar Keibubapaan 2019 anjuran bersama AMP Singapura (AMP) dan Pusat Kebapaan (CFF) yang bertujuan untuk memupuk hubungan suami isteri yang positif sebagai asas keluarga yang kukuh.

Anggaran Waktu Membaca:
Seminar anjuran AMP & Pusat Kebapaan bantu ibu bapa pupuk kemahiran keibubapaan

(Gambar hiasan: Aditya Romansa/Unsplash)

SINGAPURA: 'Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing'. Pepatah Melayu ini dijadikan tema Seminar Keibubapaan 2019 anjuran bersama AMP Singapura (AMP) dan Pusat Kebapaan (CFF) yang bertujuan untuk memupuk hubungan suami isteri yang positif sebagai asas keluarga yang kukuh.

Seminar yang dikendalikan dalam bahasa Melayu itu, diadakan pada Ahad (15 Sep) di Orchard Hotel Singapore, dengan Ahli Parlimen bagi GRC Jalan Besar, Dr Yaacob Ibrahim, sebagai tetamu terhormat.

Seminar tahunan itu bertujuan untuk menggalak lebih ramai ibu bapa mendalami ilmu dan kemahiran keibubapaan.

Ia juga berharap untuk menangani beberapa cabaran yang mungkin dihadapi mereka seperti menghargai sokongan pasangan mereka, serta mendapat kemahiran praktikal dalam membina keluarga.

Dua penceramah pakar, Timbalan Mufti Singapura Dr Nazirudin Mohd Nasir dan pakar motivasi, penulis dan penceramah Tengku Asmadi Tengku Mohamad, berkongsi pandangan mereka tentang keibubapaan di seminar tersebut.

Gambar: AMP

Gambar: AMP

Dr Nazirudin membincangkan tentang cabaran yang dihadapi masyarakat Melayu/Islam Singapura dalam menjayakan keluarga yang cemerlang, manakala Dr Haji Tengku Asmadi berkongsi mengenai peranan bersama ibu bapa dalam mendidik anak yang cemerlang, khususnya dalam pendekatan komunikasi yang berkesan.

Pengarah Eksekutif AMP Mohd Anuar Yusop berkata: “Hubungan atau ikatan yang kukuh dan positif antara pasangan suami isteri akan memberikan persekitaran yang positif di rumah yang baik untuk perkembangan anak.

"Anak-anak akan membesar menjadi individu yang yakin, berpandangan positif dan mempunyai nilai murni yang baik. Salah satu daripada cara membina hubungan positif suami isteri ialah menerusi sesi menimba ilmu seperti seminar keibubapaan yang kami anjurkan bersama Pusat Kebapaan."

Gambar: AMP

Gambar: AMP

AMP juga melahirkan harapan agar seminar itu dapat memberi ibu bapa pengetahuan praktikal dalam membina keluarga yang kukuh.

Seminar Keibubapaan tahun ini adalah kali keempat yang dianjurkan hasil kerjasama
AMP dan CFF sejak ia dilancarkan pada tahun 2016.

Sumber : BERITA Mediacorp/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan