Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sembcorp rugi 85% dalam suku keempat, segmen kemudahan awam turut terjejas

Keuntungan bersih yang dicatat Industri-industri Sembcorp pada suku keempat merosot 85% kepada $22.8 juta berbanding tahun sebelumnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Sembcorp rugi 85% dalam suku keempat, segmen kemudahan awam turut terjejas

Loji tenaga TPCIL Sembcorp di Andhra Pradesh, India. (Gambar: Sembcorp)

Diterbitkan : 23 Feb 2018 09:13PM Dikemas Kini : 23 Feb 2018 09:15PM

SINGAPURA: Keuntungan bersih yang dicatat Industri-industri Sembcorp pada suku keempat merosot 85% kepada $22.8 juta berbanding tahun sebelumnya.

Penurunan itu sebahagian besarnya disebabkan oleh kerugian yang dicatat perniagaan marin serta pendapatan segmen kemudahan awam yang lebih rendah.

Kejatuhan harga minyak pada 2014 menjejas permintaan bagi pelantar-pelantar minyak sekaligus menjejas syarikat-syarikat seperti Sembcorp Marine.

Mujur sektor itu sudah mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan dengan meningkatnya harga minyak.

Namun CEO Industri Sembcorp berkata syarikatnya masih belum pulih sepenuhnya.

Maka itu bagi membantu syarikat mengatasi kemerosotan tersebut, satu peralihan pada strateginya diumumkan.

Ia menyasarkan untuk menggandakan portfolio daya tenaga yang boleh diperbaharui kepada 4,000 mega watt.

Untuk itu, ia akan melepaskan aset bernilai $500 juta - sekitar $100 juta daripada operasi airnya di Afrika Selatan.

CEO syarikat itu berharap strategi-strategi itu akan dapat membantu menggandakan pulangan ekuitinya dalam tempoh lima tahun akan datang. 

Sumber : CNA/NT/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan