Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sembcorp Marine maklum dakwaan tentang kebersihan, mutu makanan pekerja hijrahan di Jalan Tukang

Sembcorp Marine "maklum tentang maklum balas" berhubung kebersihan dan mutu makanan yang diberikan kepada para pekerja hijrahan yang digajikan oleh syarikat itu. Demikian menurut syarikat itu pada Khamis malam (14 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Sembcorp Marine maklum dakwaan tentang kebersihan, mutu makanan pekerja hijrahan di Jalan Tukang

(Gambar: Weixin)

Diterbitkan : 15 Oct 2021 08:18AM Dikemas Kini : 15 Oct 2021 08:21AM

SINGAPURA: Sembcorp Marine "maklum tentang maklum balas" berhubung kebersihan dan mutu makanan yang diberikan kepada para pekerja hijrahan yang digajikan oleh syarikat itu.

Demikian menurut syarikat itu pada Khamis malam (14 Okt).

Menjawab pertanyaan Mediacorp tentang siasatan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) di dormitori Westlite Jalan Tukang pada Rabu (13 Okt), syarikat itu menyatakan dalam satu kenyataan bahawa ia mengeluarkan peringatan kepada syarikat katering makanan tentang "pematuhan ketat" piawai kebersihan.

"Syarikat ini sedar tentang pelbagai pilihan makanan bagi para pekerja hijrahan dari budaya yang berlainan dan bekerjasama dengan pihak katering untuk sentiasa memenuhi keperluan berbeza para individu," menurut kenyataan itu.

Pada Rabu, MOM mengerahkan pegawainya untuk menyiasat dakwaan pelanggaran protokol kesihatan COVID-19, kurang akses kepada sokongan perubatan dan makanan bermutu rendah di dormitori itu.

Polis turut dikerahkan dengan berpuluh-puluh pegawai polis dalam seragam perlindungan di samping beberapa lagi yang memakai baret merah.

Apabila Mediacorp tiba di dormitori berkenaan pada Rabu petang, terdapat empat kenderaan dari Markas Operasi Khas dan beberapa lagi kenderaan polis bersenjata yang berada di jalan raya di luar kawasan itu.

Dakwaan tersebut dibuat menerusi rencana online yang diterbitkan di Weixin, iaitu platform tempatan WeChat yang digunakan di China.

Dalam rencana itu, para pekerja yang tidak berpuas hati berkongsi gambar-gambar serangga dan rambut yang ditemui dalam makanan mereka.

Gambar-gambar para pekerja perlu beratur panjang dan dipindahkan dari dormitori itu turut dikongsi. Sesetengah pekerja yang dipetik dalam rencana itu berkata bahawa mereka terpaksa tidur di luar bilik masing-masing setelah mereka diuji positif COVID-19, bagi mengelakkan daripada menjangkiti para penghuni bilik yang lain.

(Gambar: Weixin)

Centurion Corporation, yang mengendalikan dormitori Westlite Jalan Tukang mengesahkan pada Khamis bahawa pemindahan kes-kes COVID-19 dari dormitori ke kemudahan pemulihan dan jagaan kesihatan ditangguh.

Ini disebabkan oleh "lonjakan" dalam kes-kes jangkitan dalam kalangan pekerja Sembcorp Marine, menurut pengendali dormitori itu.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, pengendali itu menyatakan bahawa ia ingin memberi "konteks dan penjelasan" kepada tuntutan yang dibuat berhubung pekerja Sembcorp Marine yang tinggal di dormitori itu.

Dormitori itu dapat menampung 3,400 katil, yang mana 40 peratus daripadanya atau sekitar 1,400 katil digunakan oleh pekerja SembCorp Marine, menurut Centurion pada Khamis.

(Gambar: Wenxin)

"Sepanjang minggu lalu, terdapat lonjakan dalam kes COVID-19 yang dikesan dalam kalangan pekerja SembCorp Marine.

"Disebabkan jumlahnya yang banyak, terdapat penangguhan dalam pemindahan ke kemudahan pemulihan dan jagaan kesihatan," menurut pengendali itu dalam kenyataannya.

Centurion bekerjasama dengan Kumpulan Jaminan, jagaan dan Pendampingan (ACE) MOM untuk mengerahkan sebuah pasukan perubatan bergerak di dormitori itu, menurut Centurion.

Pengendali dormitori itu juga mematuhi protokol pergerakan dan ujian wajib COVID-19 dan bekerjasama dengan pihak berkuasa relevan, menurut SembCorp Marine dalam kenyataannya.

"Syarikat ini maklum bahawa protokol-protokol sedia ada di Singapura mungkin jelas bagi para penghuni di Dormitori Tukang dan ia mungkin berbeza daripada langkah pengurusan COVID-19 di negara asal mereka," menurut kenyataan itu.

"Dalam hal ini, syarikat ini, bersama dengan ACE dan Westlite, turun padang untuk memberi penjelasan dan jaminan kepada para penghuni berhubung langkah-langkah sedemikian."

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan