Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sembcorp Industries bakal sediakan tenaga kuasa bagi operasi syarikat bank UBS

Sembcorp Industries akan menyediakan kuasa tenaga yang boleh diperbaharui bagi operasi syarikat bank UBS di negara ini untuk 10 tahun akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Sep 2019 06:29PM Dikemas Kini : 12 Sep 2019 09:51PM

SINGAPURA: Sembcorp Industries akan menyediakan kuasa tenaga yang boleh diperbaharui bagi operasi syarikat bank UBS di negara ini untuk 10 tahun akan datang.

Perjanjian itu menjadikannya kerjasama pertama syarikat Sembcorp dalam industri perkhidmatan kewangan.

Sembcorp akan menyediakan sebanyak 25 peratus jumlah penggunaan tenaga tahunan bank tersebut.

Dalam masa 10 tahun, ia dijangka mampu menggantikan sebanyak 20,000 tan pengeluaran karbon.

Tenaga elektrik akan dijana dari sekitar 15,000 panel suria yang akan dipasang di bumbung-bumbung di beberapa kawasan luar.

UBS menyatakan operasinya di Singapura akan berfungsi sepenuhnya dengan tenaga yang boleh diperbaharui sebelum 2020.

Perjanjian itu dibuat selang beberapa bulan UBS mengumumkan perniagaan-perniagaannya yang berpangkalan di Singapura akan ditempatkan di dalam bangunan Park Mall yang dibangunkan semula.

Sumber : CNA/SY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan