Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Semak langkah kawal pasaran hartanah bagi elak 'perebutan tanah': REDAS

Persatuan Pemaju Hartanah Singapura (REDAS) sedang berusaha mendapatkan kelonggaran bagi kadar Cukai Setem Pembeli Tambahan (ABSD) bagi mengelakkan situasi "berebut-rebut membeli tanah" seperti yang berlaku dua tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Feb 2019 11:34PM Dikemas Kini : 19 Feb 2019 11:41PM

SINGAPURA: Persatuan Pemaju Hartanah Singapura (REDAS) sedang berusaha mendapatkan kelonggaran bagi kadar Cukai Setem Pembeli Tambahan (ABSD) bagi mengelakkan situasi "berebut-rebut membeli tanah" seperti yang berlaku dua tahun lalu.

Presiden persatuan tersebut, Chia Ngiang Hong berkata demikian pada Selasa (19 Feb) sempena acara sambutan Tahun Baru Cina anjuran REDAS, yang dihadiri Menteri Kewangan Heng Swee Keat sebagai tetamu terhormat.

Sejak Julai tahun lalu, para pemaju hartanah perlu membayar 30 peratus ABSD bagi tanah yang diperolehi, berbanding 15 peratus sebelum ini.

Jangka waktu untuk menyiapkan dan menjual hartanah juga dihadkan kepada lima tahun.

Langkah-langkah baru bagi meredakan pasaran hartanah menggemparkan pasaran kewangan Singapura, dengan saham hartanah terjejas teruk, menurut Encik Chia.

Menurut Encik Chia lagi, dasar ini mungkin antara sebab yang mencetuskan kenaikan harga pada 2017 dan 2018 kerana "kesemua pihak kehabisan inventori (bidang tanah) secara serentak".

Penyimpanan tanah secara berlebihan juga perlu dielakkan, kata Encik Chia, namun beliau berpendapat sedikit kelonggaran untuk menjual projek-projek hartanah dapat mengelakkan "putaran pembangunan projek secara berkelompokl" yang mengakibatkan ramai pemaju terburu-buru memperolehi tanah baru.

"Jika ABSD tidak disemak, kita boleh menjangkakan 'perebutan tanah' seperti yang berlaku pada 2017 dan 2018 berulang kembali dalam masa empat hingga lima tahun. Apabila harga bahan mentah meningkat, kita boleh menjangkakan harga produk yang siap juga akan turut meningkat," kata Encik Chia.

Beliau juga menggesa Pemerintah supaya menyemak semula had pinjaman berbanding nilai hartanah bagi pembeli kali pertama.

Kata Encik Chia lagi, Pemerintah boleh memudahkan pemilik flat HDB yang ingin menaik taraf ke hartanah privet dengan menyemak bayaran awal ABSD agar memudahkan perancangan pengaliran wang tunai mereka. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan