Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Selepas KFC, kini Burger King pula berhenti sediakan straw

Burger King mengumumkan hari ini (16 Okt) bahawa ia tidak lagi menyediakan straw dan tudung plastik bagi minuman yang dijual di 42 cawangannya merata Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Selepas KFC, kini Burger King pula berhenti sediakan straw

Gambar fail cawangan Burger King. (Gambar: BurgerKingSG/Facebook)

Diterbitkan : 16 Oct 2018 05:02PM Dikemas Kini : 16 Oct 2018 05:06PM

SINGAPURA: Burger King mengumumkan hari ini (16 Okt) bahawa ia tidak lagi menyediakan straw dan tudung plastik bagi minuman yang dijual di 42 cawangannya merata Singapura bagi para pelanggan yang makan di restoran-restoran makanan segera itu.

Inisiatif ini dimulakan pada Isnin (15 Okt).

Menjawab pertanyaan Mediacorp, Burger King turut mendedahkan bahawa para pelanggan bagaimanapun masih boleh meminta straw dan tudung plastik di kaunter-kaunternya.

"Kami faham sesetengah pelanggan dengan anak-anak kecil masih perlukan straw dan kami bersedia memenuhi permintaan itu," kata jurucakap Burger King, sambil menambah bahawa straw dan tudung plastik masih disediakan bagi pesanan dan penghantaran makanan ke rumah.

Menurut Burger King, ia menyertai "inisiatif mesra alam sekitar" dan menggalak para pelanggannya untuk "turut serta".

Secara keseluruhannya, plastik seberat 14.7 tan metrik digunakan setiap tahun bagi straw dan tudung plastik untuk Burger King Singapore.

Pengurus Besar Burger King Singapore berkata langkah tersebut akan menggalak para pelanggan supaya memikirkan semula sama ada mereka benar-benar memerlukan straw dan tudung plastik dan memainkan peranan mereka dalam melindungi alam sekitar".

Pada Jun tahun ini, KFC mengumumkan bahawa ia tidak lagi menyediakan straw dan tudung plastik bagi minuman yang dijual di 84 cawangannya di merata Singapura.

Sumber : CNA/AW/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan