Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Selang setahun dibuka, perniagaan Pusat Penjaja Jurong West tampak hambar

Sejak dibuka lebih setahun lalu, perniagaan di Pusat Penjaja Jurong West agak lembab. Pada masa ini hanya 60 peratus daripada gerai-gerainya masih beroperasi.

Anggaran Waktu Membaca:
Selang setahun dibuka, perniagaan Pusat Penjaja Jurong West tampak hambar
Diterbitkan : 19 Apr 2019 10:53PM Dikemas Kini : 19 Apr 2019 10:59PM

SINGAPURA: Sejak dibuka lebih setahun lalu, perniagaan di Pusat Penjaja Jurong West agak lembab.

Pada masa ini hanya 60 peratus daripada gerai-gerainya masih beroperasi.

Syarikat pengurusannya, Hawker Management, menyatakan ia sedang bekerja keras untuk menarik pegerai-pegerai baru dan menambah kunjungan pelanggan.

Bagi tujuan itu ia mengalu-alukan maklum balas dari orang ramai.

Semasa tinjauan Mediacorp ke pusat penjaja ini tengah hari Jumaat (19 Apr), kurang separuh daripada 34 gerainya, dibuka.

Beberapa orang pelanggan berkata pilihan makanan di pusat penjaja ini terhad kerana lazimnya banyak gerai ditutup.

Bagi menambah pendapatan, beberapa pegerai menawarkan khidmat tempahan makanan dengan syarikat-syarikat penghantar makanan.

Syarikat pengurusannya, Hawker Management pula telah menggantung khidmat mesin pembayaran automatik yang dikenakan sewa S$300 sebulan.

Ia bagi membantu mengurangkan kos para penjual.

Demi menarik lebih ramai pelanggan, Hawker Management akan meninjau laluan-laluan baru bagi khidmat sewa bas ulang-alik ke pusat penjaja ini.

Khidmat sewa bas ulang-alik antara Pulau Jurong dengan pusat penjaja ini dihentikan bulan lalu kerana kurang berkesan.

Sumber : CNA/HA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan