Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sektor seni, budaya terima suntikan dana S$1.6 juta bagi harungi kesan COVID-19

Sekitar S$1.6 juta akan diperuntukkan bagi membantu sektor seni dan budaya mengharungi kesan penularan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Mar 2020 06:37PM Dikemas Kini : 07 Mar 2020 01:15AM

SINGAPURA: Sekitar S$1.6 juta akan diperuntukkan bagi membantu sektor seni dan budaya mengharungi kesan penularan COVID-19.

Kegiatan seni yang berlangsung di institusi-institusi kebudayaan nasional seperti Esplanade bakal menerima subsidi sewa dan kos sebanyak 30 peratus sehingga akhir bulan Jun ini.

"Kami mahu persembahan-persembahan kebudayaan diteruskan dalam keadaan sekarang kerana seni boleh memberi inspirasi dan membangkitkan semangat kita, selagi langkah berjaga-jaga dilaksanakan," kata Setiausaha Parlimen Kanan Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Baey Yam Keng pada Jumaat (6 Mac).

Bantuan lain termasuk Geran Pembangunan Keupayaan sehingga S$10,000 yang diberikan sekali sahaja bagi kursus-kursus dan program tempatan.

Ia diperuntukkan bagi syarikat dan individu.

Dana Mengekalkan Seni (stART) pula akan menokok derma dari badan-badan korporat dan individu.

Ia akan membantu kumpulan-kumpulan seni lebih kecil yang menghadapi masalah dalam mengumpulkan dana.

Dana itu berharap dapat mengumpul S$10 juta sepanjang tiga tahun akan datang.

Bagi mendekatkan lagi seni kepada keluarga kurang bernasib baik, subsidi sehingga S$40 untuk setiap tiket akan diberikan bagi acara-acara di institusi-institusi kebudayaan nasional.

Sumber : CNA/SY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan