Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sektor perkhidmatan jangka perniagaan semakin memburuk

Sektor perkhidmatan dan penghasilan dijangka menghadapi kemerosotan lanjut jumlah pekerjaan dan keadaan perniagaan yang lebih teruk sedang Singapura melangkah ke suku ketiga.

Anggaran Waktu Membaca:
Sektor perkhidmatan jangka perniagaan semakin memburuk

(Gambar: Raj Nadarajan/TODAY)

Diterbitkan : 30 Jul 2020 06:19PM Dikemas Kini : 30 Jul 2020 06:21PM

SINGAPURA: Sektor perkhidmatan dan penghasilan dijangka menghadapi kemerosotan lanjut jumlah pekerjaan dan keadaan perniagaan yang lebih teruk sedang Singapura melangkah ke suku ketiga.

Selagi sekatan perjalanan berterusan dan tahap pelancongan tetap rendah,
kedua-dua industri menjangkakan pertumbuhan perlahan dari sekarang hingga akhir tahun.

Sektor perkhidmatan dijangka mencatat penurunan kadar pengambilan pekerja dengan hampir 50 peratus.

Segmen-segmen seperti penginapan, F&B dan hartanah dijangka mengambil 30 peratus hingga 50 peratus kurang pekerja.

Jabatan Perangkaan mengatakan bidang penginapan dijangka mencatat kemerosotan tertinggi sekitar 70 peratus.

Dalam kenyataan berasingan, Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) mengatakan sekitar 7 peratus pengilang merancang untuk mengambil kurang pekerja dalam beberapa bulan akan datang.

Sebanyak 6 peratus pengilang pula menjangkakan daya penghasilan terus turun disebabkan keadaan tidak menentu dalam perdagangan global. 

Sumber : CNA/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan