Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sektor pelancongan keluarkan garis panduan jaga kesejahteraan pelancong

Persatuan-persatuan pelancongan Singapura mengeluarkan panduan kepada agensi-agensi pelancongan bagi memastikan keselamatan para pelancong.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Feb 2020 08:34PM Dikemas Kini : 17 Feb 2020 08:53PM

SINGAPURA: Persatuan-persatuan pelancongan Singapura mengeluarkan panduan kepada agensi-agensi pelancongan bagi memastikan keselamatan para pelancong.

Ini selepas jumlah kedatangan pelancong ke sini terjejas akibat penularan virus COVID-19.

Di bawah garis panduan tersebut, para pengendali pelancong perlu membersihkan semua bas pelancong setiap hari, membersihkan penapis alat hawa dingin, mengubah jadual perjalanan bagi mengelakkan kawasan sesak serta memastikan kakitangan memakai pelitup ketika bersama para pelancong.

Para pemandu pelancong juga digalakkan agar berwaspada terhadap tanda-tanda jangkitan seperti sesak nafas, pening, sakit tekak dan demam dalam kalangan para pelancong.

Mereka juga perlu mengaturkan rawatan perubatan dengan segera di doktor-doktor keluarga (GP) yang berdekatan dan bukan membiarkan pelancong yang terjejas meninggalkan Singapura.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan