Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sektor ICT catat pertumbuhan sedang pekerja dilatih semula, cari peranan baru dalam industri

Pekerjaan bagi penduduk Singapura dalam sektor Infokom dan Teknologi (ICT) meningkat sekitar 4,000 dari Julai tahun lalu hingga Jun tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Sektor ICT catat pertumbuhan sedang pekerja dilatih semula, cari peranan baru dalam industri

Dr Janil Puthucheary bersama Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo. (Gambar: Najeer Yusof/TODAY)

Diterbitkan : 03 Nov 2018 09:41AM Dikemas Kini : 03 Nov 2018 09:45AM

SINGAPURA: Pekerjaan bagi penduduk Singapura dalam sektor Infokom dan Teknologi (ICT) meningkat sekitar 4,000 dari Julai tahun lalu hingga Jun tahun ini. Demikian menurut Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo, yang turut menarik perhatian bagaimana agensi-agensi permerintah sedang bekerjasama dengan syarikat-syarikat untuk melatih semula para pekerja bagi peranan kerja yang baru.

Sekiranya para pekerja asing diambil kira, pertumbuhannya mungkin sekitar 6,000, sekaligus merupakan peningkatan sekitar 4.5 peratus.

Dalam tempoh yang sama, sekitar 900 karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) dilatih semula untuk menyertai sektor ICT melalui inisiatif Suai Maju - yang turut menawarkan pelbagai khidmat, bimbingan serta sokongan kerjaya.

Bercakap kepada pihak media di akhir lawatan ke firma teknologi HP Singapore pada Jumaat (2 Nov), Cik Teo berkata bahawa ia amat memberangsangkan melihat para pekerja merebut peluang-peluang dalam sektor itu termasuk, mereka yang memegang peranan baru di tempat kerja masing-masing.

Workforce Singapore - sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Tenaga Manusia, yang menyelia perubahan terhadap tenaga kerja dan industri-industri Singapura bagi menangani cabaran-cabaran ekonomi - menyatakan bahawa sekitar 13,000 pekerjaan baru bagi PMET mungkin akan diwujudkan dalam sektor ICT menjelang 2020. Terdapat juga pekerjaan dalam bidang-bidang seperti keselamatan siber, Internet of Things, serta kecerdasan buatan dan sains data.

Menteri Negara Kanan Pengangkutan merangkap Perhubungan dan Penerangan, Dr Janil Puthucheary, yang bersama Cik Teo meninjau-ninjau HP Singapore, memberitahu para wartawan bahawa sektor ICT adalah "pengupaya utama bagi keseluruh ekonomi" Singapura.

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan