Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sektor guaman S'pura perlu rebut peluang besar pertumbuhan ekonomi

Menteri Undang-undang K Shanmugam berkata pertumbuhan ekonomi membuka peluang-peluang besar bagi Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Jun 2019 04:45PM Dikemas Kini : 11 Jun 2019 09:58PM

SINGAPURA: Menteri Undang-undang K Shanmugam berkata pertumbuhan ekonomi membuka peluang-peluang besar bagi Singapura.

Bagaimanapun, sektor khidmat guaman Singapura mesti bertindak dengan sewajarnya terhadap kerumitan-kerumitan yang mungkin timbul. Ini terutamanya dalam bidang-bidang penghuraian pertikaian serta pembangunan keadilan untuk sistem undang-undang Asia.

Encik Shanmugam berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama di Persidangan Institut Undang-undang Asia (ASLI) yang ke-16 hari ini (11 Jun).

Untuk menjadi sebuah pusat perkhidmatan guaman, Singapura mesti memperkukuh peranannya selaku pusat huraian pertikaian, kata Encik Shanmugam.

Menurut beliau, di Asia, terdapat sistem undang-undang yang berbeza-beza dan wujud pelbagai pendekatan terhadap undang-undang serta tahap keyakinan yang berbeza dalam sistem undang-undang.

"Oleh itu, ada kemungkinan para pelabur akan melihat pada keseluruhan rantau itu, kemudian menangani pertikaian mereka dan meletakkan mereka di tempat di mana mereka benar-benar yakin mereka akan selamat, pelaburan mereka akan selamat.

Juga ada aspek peraturan perundangan dan saya rasa Singapura dalam kedudukan yang baik, jauh di hadapan sebarang persaingan dalam konteks tersebut," jelas Encik Shanmugam lanjut.

Persidangan Institut Undang-undang Asia menyediakan wadah bagi golongan akademik dan sekolah-sekolah undang-undang dari Asia, malahan lebih jauh, untuk membentangkan kajian mereka mengenai isu-isu guaman yang melibatkan bidang kuasa Asia.

Ini kali keempat Sekolah Undang-undang Universiti Nasional Singapura (NUS) mewakili Singapura sebagai tuan rumah bagi persidangan tersebut. 

Sumber : CNA/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan