Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sektor awam akan jadikan reka bentuk prasarana, perolehan lebih mampan

Sektor awam Singapura sedang merubah cara ia membeli dari para pembekal dan memastikan reka bentuk prasarananya lebih mampan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Apr 2021 06:33PM Dikemas Kini : 21 Apr 2021 08:54PM

SINGAPURA: Sektor awam Singapura sedang merubah cara ia membeli dari para pembekal dan memastikan reka bentuk prasarananya lebih mampan.

Semua itu sebahagian daripada usaha untuk menerajui peralihan ke arah ekonomi rendah karbon.

Dalam erti kata lain, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu, piawai kecekapan daya tenaga dan air bagi para pembekal akan dinaikkan.

"Kami meneliti amalan-amalan yang dilakukan dalam proses pengilangan supaya apabila kita menyokong mereka dengan membeli produk-produk mereka, kita juga memberi isyarat yang sangat jelas bahawa ini prinsip kita.

"Ini cara bagaimana kita akan menggunakan sumber-sumber untuk memberi produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan ini, pemangkin besar dalam pasaran," kata Cik Fu.

Cik Fu menambah, perubahan sistem dan dasar diperlukan untuk mempertingkat pengurusan sisa.

Antaranya, lebih banyak tong khas akan disediakan bagi pembuangan sampah elektronik pada tahun ini.

Memindahkan kos pengumpulan dan kitar semula kepada para pengeluar peranti elektonik juga katanya, mungkin boleh membuat rakyat Singapura lebih peka terhadap isu pembuangan sisa.

"Kami berharap apabila sampah elektronik dikumpul dengan lebih baik, ia boleh dikitar semula dan menjadi sumber dalam proses-proses pemulihan. Apabila kita melakukan itu, ia seperti air, kita boleh menggunakan semula sumber itu berkali-kali," kata Cik Fu. 

Sumber : CNA/AQ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan