Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sekolah-sekolah S'pura adakan latihan catuan air

Hari Air Sedunia disambut setiap 22 Mac dan ia diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai hari untuk meraikan peri pentingnya bekalan air yang mampan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Mar 2019 08:19PM Dikemas Kini : 13 Mar 2019 09:38PM

SINGAPURA: Hari Air Sedunia disambut setiap 22 Mac dan ia diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai hari untuk meraikan peri pentingnya bekalan air yang mampan.

Sempena itu, sekolah-sekolah tempatan siang tadi (13 Mac) mengadakan latihan catuan air.

Buat julung-julung kalinya, Sekolah Rendah Clementi menyertai latihan mencatu air, siang tadi.

Jumlah sekolah yang mengambil bahagian kali ini bertambah daripada lima sekolah pada 2016 kepada 116 sekolah tahun ini.

Pemenang Anugerah Keberkesanan Penggunaan Air pada 2017, Sekolah Rendah Clementi sudah menyediakan pelbagai kegiatan sepanjang minggu ini, bagi menyampaikan mesej menjimatkan air.

Para pelajar juga mereka rangkaian paip dan sistem air bagi menghargai sistem pembetungan dan saliran negara.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan