Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sekolah robotik terkenal Jepun dibuka di S'pura

Human Holdings Co Ltd, pengendali sekolah robotik antara yang terbesar di Jepun, membuka 'sekolah robot' pertamanya di Asia Tenggara.

Anggaran Waktu Membaca:
Sekolah robotik terkenal Jepun dibuka di S'pura

Sukatan pelajaran sekolah disediakan oleh Human Academy Co Ltd di bawah pengawasan pengasas ROBO-GARAGE, Tomotaka Takahashi. (Gambar hiasan: Toru Yamanaka/AFP)

Diterbitkan : 11 Jan 2019 11:15PM Dikemas Kini : 11 Jan 2019 11:39PM

KUALA LUMPUR: Human Holdings Co Ltd, pengendali sekolah robotik antara yang terbesar di Jepun, membuka 'sekolah robot' pertamanya di Asia Tenggara.

Sekolah berkenaan, KOMABA Robot School, yang dibuka pada Disember lalu terletak di Tanglin Shopping Centre.

Human Holdings yang berpangkalan di Shinjuku, Tokyo, menyatakan bahawa sukatan pelajaran sekolah itu disediakan oleh Human Academy Co Ltd di bawah pengawasan pengasas ROBO-GARAGE, Tomotaka Takahashi. Ia menyediakan pengetahuan asas dalam pengaturcaraan komputer melalui pengeluaran robot.

Sejak pemegang lesen pertama dibuka pada 2009, lebih 22,000 kanak-kanak sudah menyertai program di kira-kira 1,300 sekolah robot.

Pada November 2018, syarikat itu menerima 'Anugerah Kepuasan Pelanggan Terbaik' Jepun dalam bidang pendidikan bidang pengaturcaraan.

Human Academy menubuhkan sekolah di Taiwan serta China sejak 2016, dan pengembangannya begitu pantas dengan lebih banyak pemegang lesen merancang untuk memulakan sekolah di Thailand dan Vietnam.

Dua lagi pemegang lesen akan membuka sekolah di Singapura, menjadikan jumlah itu kepada tiga. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan