Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sekolah rendah, menengah yang digabung pada 2019 diumumkan

Nama tujuh pasang sekolah rendah dan tiga pasang sekolah menengah yang akan digabungkan pada 2019 diumumkan oleh Kementerian Pendidikan (MOE) hari ini (29 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Dec 2017 01:57PM Dikemas Kini : 29 Dec 2017 10:17PM

SINGAPURA: Nama tujuh pasang sekolah rendah dan tiga pasang sekolah menengah yang akan digabungkan pada 2019 diumumkan oleh Kementerian Pendidikan (MOE) hari ini (29 Dis).

Sekolah rendah yang akan digabungkan adalah:

Sekolah Rendah Bendemeer – gabungan Sekolah Rendah Balestier Hill dan Sekolah Rendah Bendemeer

Sekolah Rendah Casuarina – gabungan Sekolah Rendah Loyang dan Sekolah Rendah Casuarina

Sekolah Rendah Cedar – gabungan Sekolah Rendah MacPherson dan Sekolah Rendah Cedar

Sekolah Rendah White Sands – gabungan Sekolah Rendah Coral dan Sekolah Rendah White Sands

Sekolah Rendah Damai -gabungan Sekolah Rendah East Coast dan Sekolah Rendah Damai

Sekolah Rendah Jing Shan – gabungan Sekolah Rendah Da Qiao dan Sekolah Rendah Jing Shan

Sekolah Rendah Junyuan – gabungan Sekolah Rendah East View dan Sekolah Rendah Junyuan

Sekolah menengah yang akan digabungkan adalah:

Sekolah Menengah East Spring – gabungan Sekolah Menengah East View dan Sekolah Menengah East Spring

Sekolah Menengah Jurongville – gabungan Sekolah Menengah Hong Kah dan Sekolah Menengah Jurongville

Sekolah Menengah Yuhua – gabungan Sekolah Menengah Shuqun dan Sekolah Menengah Yuhua

Lokasi sekolah-sekolah yang digabungkan terletak di sekolah yang namanya dipilih untuk terus digunakan setelah digabungkan.

Misalnya, para pelajar dari Sekolah Rendah Balestier Hill akan menuntut di bangunan Sekolah Rendah Bendemeer mulai 2019.

Gabungan sekolah-sekolah tersebut, yang pertama kali diumumkan pada bulan April, adalah sebagai respons kepada kadar kelahiran yang merosot dan bagi memastikan setiap sekolah mempunyai jumlah pelajar yang mencukupi untuk meraih pengalaman pendidikan yang bermakna, menurut MOE.

Menerusi kenyataan medianya, sepanjang proses menggabungkan sekolah-sekolah itu MOE menyatakan ia bekerjasama dengan semua sekolah.

Nama-nama sekolah yang digabungkan ditentukan setelah menimbangkan beberapa faktor seperti sejarah dan warisan sekolah, pengambilan pelajar serta manfaat pihak-pihak berkepentingan di semua sekolah yang terlibat, menurut MOE.

Sekolah yang digabungkan merangkumi identiti, kekuatan dan keunikan yang dihargai oleh kedua-dua sekolah asal, tambah MOE.

Menurut MOE lagi, sejarah sekolah yang digabungkan akan "dirakam secara rasmi dan dipulihara di satu sudut warisan".

Sebelum ini, MOE mengumumkan lapan maktab rendah (JC) juga akan digabungkan. Nama-nama JC yang akan digabungkan bagaimanapun belum didedahkan.  

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan