Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sekolah Rendah Mayflower jadi sekolah pertama ambil murid kurang daya pendengaran

Sekolah Rendah Mayflower sedang bersiap sedia untuk mengambil murid-murid darjah satu yang kurang daya pendengaran tahun depan. Ia merupakan sekolah rendah pertama untuk berbuat demikian.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Nov 2017 07:55PM Dikemas Kini : 21 Nov 2017 10:39PM

SINGAPURA: Sekolah Rendah Mayflower sedang bersiap sedia untuk mengambil murid-murid darjah satu yang kurang daya pendengaran tahun depan. Ia merupakan sekolah rendah pertama untuk berbuat demikian.

Pada musim cuti sekolah hujung tahun ini, para pelajar sekolah ini kembali ke sekolah untuk belajar bahasa isyarat.

Sekolah Rendah Mayflower menganjurkan sesi-sesi ini kerana ia akan mengambil enam murid yang kurang daya pendengaran tahun depan. Melalui sesi-sesi seperti ini, sekolah tersebut berharap murid-murid mereka akan menjadi teman rapat enam murid yang kurang daya pendengaran itu.

Dua guru khusus juga menyertai sekolah tersebut dan mereka akan mengajar mata pelajaran utama termasuk bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Sebuah sistem bagi memudahkan murid-murid kurang daya pendengaran turut diperkenalkan. Murid-murid tersebut boleh memilih makanan dan minuman menerusi kad-kad yang menunjukkan menu makanan.

CIRI-CIRI SEKOLAH KHAS BUAT KANAK-KANAK KURANG DAYA PENDENGARAN

Bermula tahun depan, murid-murid dan guru-guru boleh memilih untuk mengambil modul bahasa isyarat seminggu sekali selepas waktu sekolah.

Sekolah Rendah Mayflower sedang menjalani kerja-kerja peningkatan dan kini berada di lokasi sementara.

Tetapi apabila ia berpindah kembali ke lokasi asalnya, ia akan mempunyai sistem penggera kebakaran, pengumuman dan loceng pintu visual yang baru. 

Sumber : CNA/NF/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan