Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sekolah main peranan penting galak interaksi pelajar dari pelbagai latar belakang: PM Lee

Sekolah-sekolah perlu mewujudkan peluang bagi semua pelajar dari latar belakang sosial yang berbeza untuk berinteraksi.

Anggaran Waktu Membaca:
Sekolah main peranan penting galak interaksi pelajar dari pelbagai latar belakang: PM Lee

Gambar fail Perdana Menteri Lee Hsien Loong. (Gambar: MCI)

Diterbitkan : 17 May 2019 09:04PM Dikemas Kini : 17 May 2019 09:08PM

SINGAPURA: Sekolah-sekolah perlu mewujudkan peluang bagi semua pelajar dari latar belakang sosial yang berbeza untuk berinteraksi.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong menarik perhatian mengenai pentingnya melakukan demikian, sambil menambah bahawa ia akan dapat memecahkan hadangan sosial dan menghapuskan stereotaip.

PM Lee berkata demikian di acara menyambut ulang tahun Maktab Rendah Kebangsaan (NJC) ke-50 pada Jumaat (15 Mei).

Beliau berkata bahawa kohort pertama pelajar NJC datang dari sekolah-sekolah merata Singapura dan memuji maktab rendah tersebut kerana membuka pintunya kepada semua pelajar.

Menurut PM Lee, sehingga sekarang, sekolah tersebut tidak mempunyai kaitan dengan sebarang sekolah rendah atau menengah dan kemasukannya berdasarkan kepada keputusan akademik sahaja.

Malah, NJC juga menilai pelajar berdasarkan potensi kepimpinan dan sumbangan pelajar kepada sekolah tersebut pada masa hadapan.

"Gred akademik bukan segalanya dalam kehidupan. Ada banyak laluan, juga untuk para pelajar yang cenderung kepada bidang akademik atau tidak berjaya di sekolah.

"Namun, para pelajar perlu juga belajar bersungguh-sungguh dan mempelajari sebanyak mungkin dari tahun-tahun persekolahan mereka dan guru-guru juga harus melakukan yang terbaik untuk membantu para pelajar cemerlang dalam kurikulum akademik mereka," katanya. 

Sumber : CNA/NF/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan