Images
  • Zaqy Mohamad
    Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Zaqy Mohamad meninjau kemudahan Sekolah Keselamatan Pembinaan. (Gambar: Corine Tiah)

Sekolah Keselamatan Pembinaan guna realiti maya bagi pembelajaran pengalaman

SINGAPURA: Singapura menyasarkan untuk meningkatkan tahap keselamatan di tapak-tapak pekerjaan menerusi sebuah pusat latihan baru bagi industri binaan.

Ciri utamanya adalah pembelajaran pengalaman menggunakan realiti maya dan tambahan. Pusat latihan baru itu dilancarkan sehari selepas Singapura mengesahkan Konvensyen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Salah satu simulasi latihan di Sekolah Keselamatan Pembinaan yang baru itu dibangunkan dengan fokus kepada pembelajaran pengalaman.

Menteri Negara Tenaga Manusia dan Pembangunan Negara, Zaqy Mohamad, berkata melalui pembelajaran sebegitu, ia juga dapat membantu mengatasi halangan budaya dan bahasa.

Kemudahan bernilai $2.2 juta itu dibangunkan hasil kerjasama antara JTC dengan Persatuan Kontraktor Singapura (SCAL).

Apabila ia dibuka bulan depan, ia dapat melatih sehingga 15,000 pekerja dalam setahun.

Ia akan menelan kos sekurang-kurangnya $100 untuk melatih setiap pekerja yang mendaftar dalam kursus sepenuh hari. 

- CNA/HA/ai

Top