Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sekolah kekal tempat selamat untuk kanak-kanak, langkah tambahan dilaksanakan: Ong Ye Kung

Sekolah-sekolah masih tempat selamat untuk kanak-kanak dan banyak "langkah berjaga-jaga tambahan yang penting" telah dilaksanakan untuk melindungi seluruh sistem, kata Menteri Pendidikan Ong Ye Kung pada Ahad (22 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Sekolah kekal tempat selamat untuk kanak-kanak, langkah tambahan dilaksanakan: Ong Ye Kung

(Gambar: Facebook/Ong Ye Kung)

Diterbitkan : 23 Mar 2020 09:26AM Dikemas Kini : 23 Mar 2020 09:30AM

SINGAPURA: Sekolah-sekolah masih tempat selamat untuk kanak-kanak dan banyak "langkah berjaga-jaga tambahan yang penting" telah dilaksanakan untuk melindungi seluruh sistem, kata Menteri Pendidikan Ong Ye Kung pada Ahad (22 Mac).

Dalam catatan Facebook sehari sebelum sekolah-sekolah dibuka selepas cuti sekolah Mac, Encik Ong menyatakan beliau menerima banyak kiriman emel dan mesej daripada para ibu bapa.

"Ada yang bertanya mengapa tidak melanjutkan cuti sekolah Mac, terutama sekali dengan kenaikan jumlah kes COVID-19 yang diimport dan penutupan sempadan yang akan berlaku. Lain-lain, termasuk sejumlah pelajar menggesa (Kementerian Pendidikan) supaya memastikan sekolah terus dibuka kerana mereka ingin ke sekolah," kata Encik Ong.

Beliau juga memberikan penjelasan di sebalik keputusan Kementerian Pendidikan (MOE) untuk membuka semula sekolah pada Isnin (23 Mac).

"Pertama sekali, sains. Dengan virus ini berlegaran selama beberapa bulan, terdapat sejumlah bukti saintifik yang menunjukkan COVID-19 tidak begitu menjejas golongan muda berbanding golongan dewasa," kata Encik Ong.

Menurutnya lagi, tiada bukti yang menunjukkan bahawa golongan muda adalah punca penyebaran virus tersebut.

Dengan ini, Encik Ong mengatakan ia "mungkin bukan idea yang teruk" untuk membenarkan para pelajar meluangkan sebahagin besar masa mereka di sekolah, di mana kelas-kelas dan kegiatan diatur supaya mereka hanya bergaul dengan rakan-rakan sekelas, yang "kurang terdedah kepada virus itu berbanding golongan dewasa", katanya.

"Mereka akan menjadi golongan yang berdaya tahan. Jika kami menutup sekolah-sekolah, ramai tidak akan duduk rumah, tetapi sebaliknya mungkin bergaul dalam masyarakat dan mendedahkan diri mereka kepada lebih banyak risiko.

Penutupan sekolah juga akan menjejas ramai orang, terutama golongan ibu bapa yang bekerja dengan pilihan jagaan kanak-kanak yang terhad tanpa bantuan pembantu rumah, tulis beliau lagi.

"Kami khususnya prihatin akan para ibu bapa yang merupakan pekerja jagaan kesihatan dan penyedia khidmat penting," katanya.

"Memastikan sistem jagaan kesihatan kami kukuh adalah penting dalam menangani penularan COVID-19. Para pekerja barisan hadapan akan merasa lebih yakin jika anak-anak mereka berada di sekolah, dengan keterlibatan secara bermakna, dalam persekitaran yang selamat dan sihat."

Encik Ong juga menyatakan langkah berjaga-jaga dilaksanakan di sekolah-sekolah, tetapi "tiada ruang untuk mudah berpuas hati".

Sebagai langkah berjaga-jaga tambahan, Encik Ong menyatakan "pemeriksaan 100 peratus" tentang sejarah perjalanan para pelajar dan kakitangan sekolah akan dilakukan di pintu-pintu masuk sekolah.

Para pelajar juga hanya akan bergaul dengan dua kumpulan - rakan kelas dan kumpulan kegiatan ko-kurikular mereka. Kegiatan lain yang melibatkan mereka bergaul dengan pelajar lain akan digantung. Dengan kegiatan-kegiatan luar darjah digantung selama dua minggu, Encik Ong berkata pergaulan mereka terhad kepada rakan kelas mereka.

Para pelajar juga akan duduk berasingan dalam kelas, seperti masa peperiksaan.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan