Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sekitar 7,000 flat baru HDB dilancar bulan ini

Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) melancarkan 6,992 flat di bawah skim Bina Ikut Tempahan (BTO) dan Penjualan Flat Baki (SBF), menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (22 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 May 2018 01:40PM Dikemas Kini : 25 May 2018 11:09AM

SINGAPURA: Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) melancarkan 6,992 flat di bawah skim Bina Ikut Tempahan (BTO) dan Penjualan Flat Baki (SBF), menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (22 Mei).

Daripada jumlah itu, 3,970 adalah unit BTO dan 3,022 pula adalah unit SBF di pelbagai bandar dan estet perumahan, dedah HDB.

PENJUALAN BTO

Flat-flat BTO itu ditawarkan di bawah empat projek - dua daripadanya di bandar belum matang di Sengkang dan Yishun dan dua lagi di bandar matang, iaitu Toa Payoh dan Tampines.

Keluarga yang layak membeli flat buat kali pertama boleh menerima geran perumahan sehingga S$80,000, yang terdiri daripada Geran Perumahan CPF Tambahan (AHG) (sehingga S$40,000) dan Geran Perumahan CPF Khas (SHG) (sehingga S$40,000).

Menurut HDB: "Dengan geran-geran ini, pembeli flat Flexi 2 bilik, 3 bilik, 4 bilik dan 5 bilik, masing-masing hanya perlu membayar serendah S$4,000, S$112,000, S$196,000 dan S$330,000."

PENJUALAN SBF

Selain flat BTO, HDB juga akan menawarkan 3,022 flat baki di bawah SBF. 

"Ia terdiri daripada 754 unit Flexi 2 bilik, 655 unit 3 bilik, 1,143 unit 4 bilik, 305 unit 5 bilik, 157 unit 3Gen dan 8 unit flat eksekutif di pelbagai bandar/estet," menurut HDB.

Sebahagian besar flat yang ditawarkan di bawah SBF dikhaskan untuk pembeli kali pertama. Golongan bujang yang layak membeli boleh membuat permohonan bagi flat Flexi 2 bilik di bandar-bandar belum matang.

Permohonan bagi flat-flat baru yang dilancarkan di bawah BTO dan SBF kali ini 2018 boleh dibuat secara online di laman InfoWEB HDB dari 22 Mei hingga 28 Mei, menurut HDB.

HDB turut menyatakan bahawa ia akan menawarkan sekitar 4,300 flat di Punggol dan Yishun pada Ogos 2018. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan