Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sekitar 50% sokong inisiatif Belanjawan 2018; bimbang tentang GST

Sekitar 50 peratus rakyat Singapura yang mengambil bahagian dalam tinjauan REACH, menyokong inisiatif-inisiatif yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2018. Demikian menurut dapatan yang dikeluarkan Reach - unit maklum balas Pemerintah - hari ini (3 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Sekitar 50% sokong inisiatif Belanjawan 2018; bimbang tentang GST

(Gambar: AFP).

Diterbitkan : 03 Apr 2018 09:50PM Dikemas Kini : 03 Apr 2018 09:52PM

SINGAPURA: Sekitar 50 peratus rakyat Singapura yang mengambil bahagian dalam tinjauan REACH, menyokong inisiatif-inisiatif yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2018. Demikian menurut dapatan yang dikeluarkan Reach - unit maklum balas Pemerintah - hari ini (3 Apr).

Daripada 1,211 rakyat Singapura berusia 20 tahun dan ke atas yang mengambil bahagian dalam tinjauan yang dilakukan melalui panggilan telefon, 51 peratus mengatakan bahawa mereka menyokong inisiatif-inisiatif sedemikian.

Sesi mendampingi orang ramai dan mendapatkan maklum balas Belanjawan 2018 REACH dilakukan antara 19 Februari hingga 4 Mac tahun ini, untuk meninjau reaksi rakyat tempatan mengenai Belanjawan 2018.

Sepanjang sesi yang diadakan selama dua minggu, REACH mendampingi lebih 4,800 individu melalui platform online, panggilan telefon dan secara bersemuka.

Antara mereka yang ditemui, 53 peratus bimbang tentang kenaikan GST. Ramai, terutama sekali golongan pertengahan, menyuarakan keprihatinan mereka tentang kesan pada kos sara hidup, menurut REACH.

49 peratus, bagaimanapun, bersetuju bahawa munasabah bagi Pemerintah untuk menaikkan cukai bagi memenuhi perbelanjaan jangka panjang dalam bidang-bidang seperti penjagaan kesihatan, prasarana dan kesihatan.

Tinjauan itu juga mendapati terdapat sokongan lebih kuat bagi beberapa inisiatif. Dalam kalangan mereka yang dihubungi, 83 peratus menyokong Geran Perumahan Berhampiran yang dipertingkat, dan 80 peratus setuju kenaikan sumbangan Pemerintah untuk Edusave setiap tahun dan sokongan kewangan lebih tinggi bagi pelajar maktab rendah akan memberi "sokongan kewangan yang penting" bagi keluarga berpendapatan rendah dan golongan pertengahan.

56 peratus juga setuju bahawa langkah-langkah seperti rebat U-save, dan lanjutan bagi rebat Bayaran Perkhidmatan dan Penyenggaraan akan dapat membantu keluarga untuk menampung kos sara hidup.

Daripada 1,600 rakyat Singapura yang memberi maklum balas di enam "Pusat Mendengar" merata Singapura, 85 peratus memberi sokongan kuat terhadap Bonus SG, menurut REACH.

Pengerusi REACH, Encik Sam Tan berkata tinjauan itu mendapati "rakyat Singapura secara umumnya mengalu-alukan inisiatif-inisiatif sosial dalam Belanjawan 2018. Ini khususnya bagi inisiatif-inisiatif membantu keluarga dan para individu untuk membina sebuah masyarakat penyayang".

"Rakyat Singapura berpendapat inisiatif Belanjawan 2018 boleh membantu membina masyarakat yang lebih inklusif dan memastikan tiada orang akan ketinggalan," kata Encik Tan.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan