Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sekitar 1,250 pekerja bakal raih manfaat dari majlis latihan baru Shell dengan kesatuan sekerja

Sekitar 1,250 pekerja syarikat Shell akan dilatih dan dilengkapi dengan kemahiran lanjut sebagai sebahagian perjanjian Majlis Keupayaan Bersama yang dimeterai antara Shell dengan kesatuan sekerjanya. 

Anggaran Waktu Membaca:
Sekitar 1,250 pekerja bakal raih manfaat dari majlis latihan baru Shell dengan kesatuan sekerja

Shell. (Gambar fail: AFP/Carl Court)

Diterbitkan : 30 Nov 2020 08:01PM Dikemas Kini : 30 Nov 2020 08:05PM

SINGAPURA: Sekitar 1,250 pekerja syarikat Shell akan dilatih dan dilengkapi dengan kemahiran lanjut sebagai sebahagian perjanjian Majlis Keupayaan Bersama yang dimeterai antara Shell dengan kesatuan sekerjanya.

Langkah tersebut selaras dengan matlamat Shell ke arah pendigitalan.

Ia bertujuan merapatkan jurang latihan dan akan memberi tumpuan kepada bidang-bidang seperti celik digital, analitik data dan kemahiran lain.

Dalam fasa pertama lebih 500 teknisyen pemprosesan dan penyenggaraan akan menyertai latihan tersebut.

Dr Vivian Balakrishnan yang merupakan Penasihat kepada Kesatuan Sekerja Shell Singapura berkata pandemik COVID-19 telah mempercepat proses pendigitalan.

Ia juga tambah Dr Balakrishnan, akan menjadi sumber kekuatan daya saing bagi Shell.

Awal bulan ini, Shell menyatakan akan mengurangkan bilangan pekerjanya di Pulau Bukom daripada 1,300 kepada 800 orang menjelang hujung 2023.

Syarikat tersebut mempunyai lebih 3,100 pekerja di Singapura.  

Sumber : CNA/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan