Images
  • grp

Sehingga 20 peserta mula dibenarkan dalam setiap kumpulan wisata setempat

SINGAPURA: Sehingga 20 peserta dibenarkan dalam setiap kumpulan bagi kegiatan berjalan, berbasikal dan berkayak mulai Ahad (1 Nov).

Meskipun kini lebih ramai orang yang berdaftar untuk kegiatan berkumpulan itu, tidak semua pengendali merancang untuk meluaskan kumpulan mereka.

Sebagai contoh, syarikat pengendali kayak menerima lebih banyak tempahan setelah kelonggaran tersebut mula dikuatkuasakan hari ini.

Tempahan bagi kumpulan lebih 10 orang sudah meningkat dalam bulan-bulan kebelakangan ini.

Namun sesetengah syarikat, seperti pengendali jelajah tempatan ini, masih menghadkan kumpulan-kumpulan mereka kerana lebih sukar untuk menguruskan kumpulan yang terlalu besar.

Sesetengah agensi pelancongan pula menyatakan, permintaan tidak meningkat dengan ketara.

Ini kerana sekarang ini masih musim peperiksaan, lantaran itu, permintaan bagi pakej wisata mungkin menjadi lebih rancak semasa musim cuti sekolah mendatang.

Sementara itu, acara di tempat-tempat persembahan juga dibenarkan bagi sehingga 100 penonton.

Buat pertama kali dalam tujuh bulan, Singapore Repertory Theatre (SRT) mengadakan persembahan secara langsung hari ini bagi 50 penonton.

Top