Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Segmen persembahan tentera terbesar dalam NDP 2018 sempena RSAF50

Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini bakal mempamerkan persembahan tentera gabungan terbesar dengan iringan muzik di Pentas Terapung Marina Bay tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Segmen persembahan tentera terbesar dalam NDP 2018 sempena RSAF50

Para peserta NDP tahun ini. (Gambar: BERITAMediacorp)

SINGAPURA: Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini bakal mempamerkan persembahan tentera gabungan terbesar dengan iringan muzik di Pentas Terapung Marina Bay tahun ini.

Dengan pelibatan lebih 560 peserta, buat julung-julung kalinya, ia turut menampilkan penyertaan pancaragam sekolah dan skuad perbarisan jitu Pasukan Kadet Kebangsaan (NCC).

Beginilah nanti, gahnya persembahan tentera gabungan dengan penyertaan pancaragam sekolah dan skuad perbarisan jitu Pasukan Kadet Kebangsaan (NCC).

Keseluruhannya, lebih 560 peserta termasuk 18 pelajar dari sekolah pendidikan khas akan menjayakan persembahan tentera gabungan terbesar dalam sejarah NDP.

Bagi peserta dari Sekolah Menengah Christchurch, Nur Mufidah Selamat, perbarisan nanti sesuatu yang sangat dinantikannya. Ini kerana, ia merupakan kali pertama beliau mencuba persembahan tentera dalam NDP.

Afiqah Mohd Adnan (kiri) dan Nur Mufidah Selamat (kanan) antara 560 peserta persembahan tatu ketenteraan gabungan NDP 2018. 

Afiqah Mohd Adnan (kiri) dan Nur Mufidah Selamat (kanan) antara 560 peserta persembahan tatu ketenteraan gabungan NDP 2018. (Gambar: BERITAMediacorp)

"Saya rasa gementar tetapi saya yang ingin mengambil bahagian dalam NDP ini. Jadi saya harus mengatasi perasaan gementar ini. Pada keseluruhannya, saya rasa ini amat berbaloi," kata Mufidah.

Bahkan, suasana di Pentas Terapung Marina Bay akan lebih meriah lagi dengan kemunculan semula koir gabungan sekolah-sekolah selepas ia 'menyepi' selama lima tahun.

Afiqah Mohd Adnan, pelajar Sekolah Menengah East Spring yang ikut serta dalam persembahan koir dalam NDP percaya, orang ramai akan terhibur dalam sambutan itu. Malah beliau yakin, persembahan koir dinantikan ramai.

"Ini segmen kegemaran orang ramai. Selalunya saya menonton NDP di televisyen dan ada satu kali yang saya menonton NDP secara langsung semasa SG50. Tetapi pada waktu itu, tiada koir. Jadi saya berasa bangga yang ini pertama kali ia akan dikembalikan," kata Afiqah.

Acara NDP tahun ini menghimpunkan lebih 2,600 peserta dari pelbagai latar belakang bagi segmen Perbarisan dan Upacara, membentuk 33 kontinjen.

Sempena sambutan ulang tahun ke-50 Angkatan Tentera Udara Singapura (RSAF) tahun ini, pertunjukan udara yang dipertingkat juga dijanjikan untuk tatapan ramai.

Di samping acara terbang lalu bendera negara tradisional, beberapa aksi menarik oleh 21 helikopter dan jet pejuang termasuk F-15SG akan menghiasi ruang udara dalam acara NDP nanti. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan