Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sebutan kes curi Aliff Aziz ditangguh ke 22 Okt

Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dihadapkan ke Mahkamah Negara hari ini (1 Okt) bagi sebutan kesnya.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dihadapkan ke Mahkamah Negara hari ini (1 Okt) bagi sebutan kesnya.

Namun, pihak pendakwa meminta kes itu ditangguhkan untuk mempertimbangkan beberapa perkara yang diketengahkan oleh peguam bela.

Semasa dipanggil menghadap hakim dan diminta kad pengenalannya bagi tujuan pengesahan identiti, Aliff yang memakai baju kemeja polo berwarna biru gelap memberitahu mahkamah bahawa kad pengenalannya itu hilang.

Penyanyi tinggi lampai itu menambah, bahawa dia sudahpun membuat aduan polis dan akan menerima kad yang baru tidak lama lagi.

Awal bulan lalu, Aliff didakwa atas dua tuduhan mencuri dalam dua kes berasingan, satu pada tahun ini dan satu lagi pada tahun lalu.

Dia dituduh mencuri wang sebanyak S$300 dan IDR1 juta,atau $98 milik seorang pelakon dan ahli politik Indonesia bernama Raja Yunika Perdhana Putri, pada 7 Jun 2019.

Jika sabit kesalahan bagi tuduhan tersebut, Aliff boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Pada 6 Ogos 2018, dia didakwa mencuri sekotak rokok Marlboro dan pemetik api milik seorang lelaki.

Kedua-dua barang itu secara keseluruhannya bernilai $15.60.

Bagi kesalahan mencuri itu, dia boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Aliff dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak $5,000.

Kesnya akan didengar lagi pada 22 Oktober. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan