Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sebilangan poliklinik NHG adakan kawasan khusus vaksinasi COVID-19

Kawasan khusus untuk vaksinasi sudah disiapkan di beberapa poliklinik NHG.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Jan 2021 08:43PM Dikemas Kini : 14 Jan 2021 08:48PM

SINGAPURA: Kawasan khusus untuk vaksinasi sudah disiapkan di beberapa poliklinik NHG.

Kakitangan NHG yang layak juga sudah mula mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 minggu ini - dengan kadar 80 peratus daripada mereka yang akan mengambil bahagian dalam program vaksinasi itu.

Salah satu poliklinik NHG yang menyediakan kawasan khas vaksinasi ialah Poliklinik Ang Mo Kio.

Kawasan yang sebelum ini merupakan laluan kenderaan dan tempat lalu lalang pelawat kini menjadi kawasan vaksinasi untuk kakitangan kesihatan dan poliklinik.

Langkah-langkah juga diambil untuk memastikan vaksin Pfizer-BioNTech disimpan dengan betul.

Ia disimpan di dalam peti sejuk khas sehingga masa untuk digunakan.

Beg penyejuk dengan pek-pek air batu pula digunakan untuk memastikan suhunya di tahap optimum apabila dipindahkan.

Menurut NHGP, hasil usaha pendidikan dan mendampingi kakitangannya,
sekitar 80 peratus kakitangannya akan mengambil bahagian dalam vaksinasi COVID-19 sekarang.

Ia akan berlangsung sehingga hujung bulan depan. 

Sumber : CNA/HK/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan