Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sebilangan besar pekerja diberhentikan Resorts World S'pura adalah warga asing: MOM

Sebilangan besar pekerja yang diberhentikan oleh Resorts World Singapura (RWS) pada bulan lalu adalah warga asing, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam satu kenyataan pada Khamis (6 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Sebilangan besar pekerja diberhentikan Resorts World S'pura adalah warga asing: MOM

Kasino Resorts World Sentosa. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 06 Aug 2020 09:54PM Dikemas Kini : 06 Aug 2020 09:55PM

SINGAPURA: Sebilangan besar pekerja yang diberhentikan oleh Resorts World Singapura (RWS) pada bulan lalu adalah warga asing, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam satu kenyataan pada Khamis (6 Ogos).

Selepas proses pemberhentian pekerja itu jumlah pekerja warga Singapura di RWS meningkat dari 66 peratus kepada 75 peratus, menurut kementerian itu lagi.

Dalam semakannya, MOM menyatakan pekerja warga tempatan beri keutamaan dalam keadaan di mana seorang pekerja warga asing dan rakyat tempatan mempunyai gred prestasi yang sama.

"Bahkan, bagi setiap kategori pekerja, pekerja warga asing perlu meraih penilaian prestasi lebih tinggi berbanding pekerja tempatan, supaya tidak diberhentikan," menurut MOM.

RWS juga menambah "pertimbangan tambahan" ditetapkan untuk mengekalkan pekerja tempatan yang secara sukarela bekerja di kemudahan jagaan masyarakat COVID-19 yang dibangunkan oleh syarikat itu pada April lalu.

Menurut MOM, sebilangan kecil pekerja yang terjejas mengemukakan kebimbangan mereka tentang sama ada RWS mempertimbangkan pilihan lain selain pemberhentian pekerja, jumlah pampasan dan faedah pemberhentian serta sama ada RWS mengekalkan pekerja warga asing berbanding pekerja tempatan.

RWS merupakan salah satu majikan sektor swasta terbesar di Singapura yang menggajikan lebih dariapda 7,000 kakitangan sepenuh masa setakat tahun lalu.

Syarikat itu mengumumkan pada 15 Jul bahawa ia memberhentikan pekerja sebagai sebahagian daripada langkah mengurangkan kos di tengah-tengah pandemik COVID-19. Ia bagaimanapun enggan mendedahkan berapa ramai kakitangan yang terjejas apabila dihubungi oleh Mediacorp.

'KUMPULAN PEKERJA WARGA SINGAPURA LEBIH KUKUH'

Berdasarkan "maklumat terperinci" yang diberikan oleh syarikat itu kepada MOM dan Kesatuan Tarikan, Resort dan Hiburan (AREU), kementerian itu menyatakan bahawa langkah memberhentikan pekerja diambil setelah RWS berusaha untuk mengurangkan "perbelanjaan tidak penting" dan gaji kakitangan pengurusan sebanyak sehingga 30 peratus.

Syarikat itu juga membayar faedah pemberhentian kerja sebanyak separuh bulan gaji bagi setiap tahun berkhidmat kepada pekerja yang layak, kata MOM yang sejajar dengan " had garis panduan persetujuan tiga pihak" bagi syarikat-syarikat yang terjejas teruk oleh COVID-19.

Secara keseluruhan, syarikat itu kini mempunyai "barisan pekerja rakyat Singapura yang lebih kukuh" selepas pemberhentian itu dilakukan, menurut MOM.

MOM juga menyatakan ia "amat memahami kebimbangan yang dialami pekerja yang terjejas dalam sebarang proses pemberhentian pekerja". Menurutnya RWS juga telah bekerja rapat dengan AREU bagi memastikan proses tersebut dijalankan "secara adil dan bertanggungjawab" mengikut nasihat kerjasama tiga pihak.

Bantuan tambahan juga diberikan kepada pekerja yang terjejas, termasuk penempatan dan bantuan mencari kerja serta khidmat padanan pekerjaan, peluang latihan dan sesi temu bual, menurut MOM.

MOM juga menambah ia akan terus memantau syarikat-syarikat di mana pekerja diberhentikan bagi sebarang amalan pemberhentian pekerja secara tidak adil.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan