Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sebelah selipar selalu hilang, rupa-rupanya dicuri kucing jiran

Misteri siri selipar hilang akhirnya terjawab. Si pencuri rupa-rupanya kucing jiran atas!

Anggaran Waktu Membaca:
Sebelah selipar selalu hilang, rupa-rupanya dicuri kucing jiran

Petikan skrin dari video @mummy aurora/Twitter.

Diterbitkan : 11 Jun 2021 12:33PM Dikemas Kini : 11 Jun 2021 12:38PM

SINGAPURA: Misteri siri selipar hilang akhirnya terjawab. Si pencuri rupa-rupanya kucing jiran atas!

Mangsa kejadian, Cik Amirah, seorang penduduk HDB di Sengkang pertama kali mendapati selipar salah seorang anggota keluarganya hilang pada hujung tahun lalu.

Lebih membingungkan, hanya sebelah selipar sahaja yang hilang.

Meskipun berang, Cik Amirah dan keluarganya menganggap pekerja pembersihan mungkin tidak sengaja tersapu sebelah selipar itu, kata beliau kepada Mothership.

Namun, insiden sedemikian berlaku lagi dan sekali lagi baru-baru ini. Sama seperti insiden pertama, hanya sebelah selipar sahaja yang hilang.

Malah hanya selipar berjenama yang dicuri khususnya selipar Vans, Adidas dan Puma.

Cik Amirah dan keluargnya pun menyangka mungkin ada seseorang yang cuba memain-mainkan mereka.

PENCURI TUMPAS

Akhirnya, pencuri berjaya dikesan dalam rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) apabila cuba mencuri selipar buat kali keempat.

Rakaman yang dimuat naik Cik Amirah di Twitter menunjukkan seekor kucing merayap di depan rumahnya sebelum melarikan diri dengan sebelah selipar.

Sebelum ia beredar dari tempat kejadian, ia sempat menoleh ke belakang seolah-olah untuk mengintai selipar lain pula bagi rompakan selanjutnya.

Rupa-rupanya kucing itu milik jiran di tingkat atas, jelas Cik Amirah kepada Mothership.

Beliau pun memberitahu jirannya tentang perbuatan kucing kesayangan mereka itu.

Jiran beliau sebenarnya sedar bahawa kucing mereka sering membawa pulang selipar ke rumah. Namun oleh sebab mereka tidak tahu siapa empunya selipar-selipar itu, jirannya hanya meletakkan "hadiah" kucingnya itu di lobi lif.

Seloroh Cik Amirah kepada Mothership, kucing itu sebenarnya merupakan bekas kekasih kucingnya sendiri dan mungkin mahu "membalas dendam".

Catatan beliau dikongsi semula di Twitter lebih 2,800 kali sehari dengan ramai netizen tertawan dengan betapa comelnya kucing itu.  

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan