Images
  • ulu pandan map
    (Gambar: SLA dan SportSingapore)

Sebahagian bekas tapak Kem Ulu Pandan diperuntukkan bagi kegunaan sukan

SINGAPURA: Sebahagian tapak yang dahulu menempatkan Kem Ulu Pandan telah diperuntukkan bagi kegunaan sukan, menurut Penguasa Tanah Singapura (SLA) dan Sport Singapore (SportSG).

Kedua-dua agensi itu pada Rabu (7 Apr) mengumumkan tawaran tender bersama bagi hartanah milik negara itu di 102 Ulu Pandan Road dalam kerjasama pertama seumpamanya antara SLA dengan SportSG.

"Sebagai sebahagian daripada Pelan Induk Kemudahan Sukan, SportSG merancang untuk memperkenalkan kemudahan sukan baru, bermutu dan boleh dimampui bagi penduduk menjalani gaya hidup aktif dekat dengan rumah mereka," menurut kedua-dua agensi itu dalam satu kenyataan media.

"Tender bersama itu berfungsi sebagai percubaan untuk menilai respons dan melancarkan tapak hartanah negara tambahan bagi kegunaan sukan," menurutnya lagi.

Tapak seluas 44,643 meter persegi itu, merupakan bekas tapak Kem Ulu Pandan. Ia sebelum ini disewakan kepada syarikat pengurusan Garden City bagi kegunaan sebagai asrama antara Februari 2017 dengan November tahun lalu, menurut SLA dan SportSG. Tapak itu terletak bertentangan dengan kondominium Pandan Valley.

SLA membahagikan tapak itu kepada dua kemudahan - satu bagi kegunaan asrama dan satu lagi bagi kegiatan sukan. Kedua-dua tapak itu mempunyai akses jalan raya tersendiri, tambah SLA dan SportSG.


(Gambar: SLA, SportSingapore)

Tender bagi tapak kemudahan sukan sudah dibuka manakala SLA akan melancarkan tapak bagi kegunaan asrama pada lewat tahun ini.

SLA dan SportSG akan menilai penyewa yang berminat berdasarkan bagaimana saranan mereka dapat "merubah dan menghidupkan ruang itu secara bermakna bagi menggalak integrasi sosial dan mengukuhkan ikatan masyarakat menerusi sukan".

- CNA/HA/ha

Top