Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SeafoodXchange bantu pelanggan, peniaga jimat kos

Para pedagang makanan laut di Singapura dapat menjana penjimatan sekitar 10 hingga 20 peratus apabila mereka membeli dan menjual produk di sebuah wadah online baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Jun 2019 12:44AM Dikemas Kini : 11 Jun 2019 12:50AM

SINGAPURA: Para pedagang makanan laut di Singapura dapat menjana penjimatan sekitar 10 hingga 20 peratus apabila mereka membeli dan menjual produk di sebuah wadah online baru.

Pasaran dalam talian, SeafoodXchange membolehkan para pembekal menetapkan jumlah makanan laut yang dijual dalam sehari supaya para pembeli dapat membandingkan harga dan membuat tempahan.

Dengan cara itu, para penjual boleh membuat penilaian bekalan dan permintaan.

Ini kerana kebanyakan makanan laut tidak dapat bertahan lama, sehingga para peniaga terpaksa menanggung kerugian sekiranya terdapat lebihan bekalan.

Oleh itu, wadah SeafoodXchange dapat membantu para peniaga makanan laut mengurangkan kos operasi.

Menurut para pemain industri, para pembeli juga akan meraih manfaat daripada penjimatan itu, dengan harga makanan laut tempatan dijangka turun sebanyak 50 peratus.

Pengarah Kiang Huat Sea Prodcuts Jason Lim berkata: "Orang ramai lazim mendapatkan bekalan dari satu-satu syarikat pembekal sahaja. Namun menerusi platform ini, mereka dapat melihat bahawa ada lebih banyak pembekal di pasaran dan mereka boleh membeli pada harga lebih berpatutan."

Setakat ini, 35 pembekal makanan laut sudah menyertai wadah online SeafoodXchange, dengan 45 lagi pembekal dijangka turut serta sebelum pertengahan 2020.

Semasa bercakap di acara pelancaran wadah perdagangan online itu, Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan Dr Koh Poh Koon berkata huraian itu membuka peluang bagi para pembekal makanan laut untuk mengembangkan perniagaan mereka ke luar negara.

"Idea ini sebenarnya adalah untuk meluaskan ruang bagi perniagaan-perniagaan tradisional, lebih-lebih lagi dalam industri makanan laut untuk memanfaatkan teknologi digital dan menempuh pasaran lebih luas," kata Dr Koh.

Secara keseluruhannya, wadah online itu merupakan salah satu di antara pelbagai langkah yang diambil Singapura untuk mengatur semula dan mengubah eknominya, dan juga untuk mendorong perusahaan dan pemimpin-pemimpin pernigaaan untuk melabur dalam teknologi, melakukan inovasi dan meneroka pasaran-pasaran luar negara, di tengah-tengah sekitaran global yang pesat berubah.

Sumber : CNA/HA/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan