Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SDP patuhi perintah POFMA; mohon batalkan arahan pembetulan

Parti Demokratik Singapura (SDP) mematuhi Perintah Pembetulan (CD) yang dikeluarkan di bawah undang-undang kepalsuan online tetapi parti pembangkang itu juga mendedahkan bahawa ia akan membuat permohonan untuk membatalkan arahan bagi memperbetulkan catatan Facebooknya.

Anggaran Waktu Membaca:
SDP patuhi perintah POFMA; mohon batalkan arahan pembetulan

(Gambar: SDP/Facebook, Calvin Oh)

Diterbitkan : 15 Dec 2019 09:58PM Dikemas Kini : 15 Dec 2019 10:00PM

SINGAPURA: Parti Demokratik Singapura (SDP) mematuhi Perintah Pembetulan (CD) yang dikeluarkan di bawah undang-undang kepalsuan online tetapi parti pembangkang itu juga mendedahkan bahawa ia akan membuat permohonan untuk membatalkan arahan bagi memperbetulkan catatan Facebooknya.

Pada Sabtu (14 Dis) Pejabat Akta Perlindungan Daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA) diarahkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) unuk mengeluarkan CD terhadap SDP. Dua catatan Facebook dan sebuah rencana yang mendakwa trend pengambilan pekerja di Singapura menjejas golongan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) dikenakan arahan tersebut.

MOM menyatakan bahawa catatan dan rencana itu mengandungi "grafik yang mengelirukan dan fakta yang tidak benar sama sekali".

SDP membuat pembetulan pada rencana tersebut di lamannya dan juga pada catatan Facebooknya sejak 30 Nov tetapi ia akan mencabar perintah tersebut.

Parti pembangkang itu juga sudah menulis satu catatan Facebook kepada Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo untuk memberikan penjelasan kepada catatan lalu.

RESPONS SDP KEPADA KENYATAAN MOM, PERINTAH POFMA MENGENAI RENCANA

Dalam catatan Facebooknya pada Ahad, SDP merujuk kepada rencana yang dimuat naik ke lamannya pada 8 Jun. Catatan itu bertajuk: SDP Population Policy: Hire S’poreans First, Retrench S’poreans last.

MOM menarik perhatian kepada rencana itu yang mengandungi kenyataan: "Saranan SDP dibuat berdasarkan semakin ramai PMET rakyat Singapura yang diberhentikan kerja." MOM menyangkal dakwaan tersebut sambil menyatakan bahawa tiada trend yang menunjukkan semakin ramai PMET rakyat Singapura diberhentikan kerja.

SDP menegaskan bahawa kenyataannya adalah berdasarkan laporan The Straits Times (ST) yang melaporkan bahawa golongan PMET membentuk jumlah pekerja rakyat tempatan yang semakin ramai diberhentikan kerja, sambil menukil ayat daripada rencana akhbar itu:

"Karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) membentuk sekitar tiga daripada empat atau 76 peratus penduduk tempatan - rakyat Singapura dan penduduk tetap - yang diberhentikan kerja tahun lalu, perangkaan yang tertinggi dalam tempoh sekurang-kurangnya sedekad.

SDP juga merujuk kepada sebuah grafik dalam rencana ST yang bertajuk: "PMETs make up growing share of locals laid off".

SDP menegaskan bahawa MOM sepatutnya membangkitkan perkara itu dengan ST. "Jika ST menyatakan bahawa maklumatnya, atau tafsirannya itu betul, maka kami akan memperbetulkan kenyataan kami dengan sewajarnya," menurut SDP pada Ahad. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan