Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SDP diarah sertakan notis pembetulan rencana, catatan Facebook di bawah POFMA

Parti Demokratik Singapura (SDP) diberi arahan supaya mengeluarkan notis pembetulan di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA).

Anggaran Waktu Membaca:
SDP diarah sertakan notis pembetulan rencana, catatan Facebook di bawah POFMA

Petikan skrin catatan Factually yang menukil pembetulan dan penjelasan mengenai catatan palsu oleh SDP. (Gambar: www.gov.sg)

Diterbitkan : 14 Dec 2019 07:36PM Dikemas Kini : 14 Dec 2019 07:39PM

SINGAPURA: Parti Demokratik Singapura (SDP) diberi arahan supaya mengeluarkan notis pembetulan di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA).

Dua catatan Facebook dan satu rencana dalam talian SDP mendakwa semakin ramai golongan profesional, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) diberhentikan kerja serta menganggur.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan perangkaan rasmi membuktikan sebaliknya.

MOM menambah kenyataan palsu dan mengelirukan seperti itu menimbulkan ketakutan dan kebimbangan dalam kalangan kumpulan pekerja tersebut.

Pihak kementerian menyatakan dakwaan tentang meningkatnya pembuangan kerja adalah salah.

Sebaliknya, tinjauan menyeluruh tenaga kerja menunjukkan pekerjaan golongan PMET tempatan sudahpun meningkat dengan mantap sejak 2015.

Malah, jumlah PMET tempatan yang diberhentikan pada 2018 adalah yang terendah sejak 2014.

Trend pemberhentian kerja yang meningkat juga tidak wujud sama sekali.

MOM menjelaskan pekerjaan baru masih diwujudkan termasuk bagi PMET tempatan meskipun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Menurut kementerian itu, boleh difahami bahawa sesetengah rakyat Singapura rasa cemas tentang prospek pekerjaan dan pemberhentian kerja kerana iklim ekonomi yang tidak menentu.

Ini menjadikannya lebih genting bagi perdebatan awam mengenai pekerjaan berasaskan fakta-fakta tepat dan bukannya kenyataan yang diputar-belitkan atau kepalsuan.

MOM menambah laman pemerintah "Factually" mempunyai lebih banyak maklumat mengenai grafik dan kenyataan-kenyataan palsu yang dipaparkan oleh SDP.

Ini kali ketiga akta POFMA digunakan sejak undang-undang itu diluluskan Oktober lalu.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan