Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Scoot tawar pelanggan bayaran balik, pilihan tempah semula penerbangan HK-S'pura

Pelanggan Scoot yang menuju atau tiba dari Hong Kong minggu ini boleh menerima bayaran semula secara penuh atau buat tempahan semula bagi penerbangan mereka sedang operasi lapangan terbang Hong Kong terjejas disebabkan para penunjuk perasaan pada Selasa (13 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Scoot tawar pelanggan bayaran balik, pilihan tempah semula penerbangan HK-S'pura

Penumpang terkandas di balai keberangkatan lapangan terbang Hong Kong (Gambar: Reuters/Issei Kato)

Diterbitkan : 13 Aug 2019 11:13PM Dikemas Kini : 13 Aug 2019 11:18PM

SINGAPURA: Para pelanggan Scoot yang menuju atau tiba dari Hong Kong minggu ini boleh menerima bayaran semula secara penuh atau melakukan tempahan semula bagi penerbangan mereka sedang operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong terjejas disebabkan para penunjuk perasaan pada Selasa (13 Ogos).

Hong Kong menggantung semua pendaftaran masuk bagi penerbangan yang berlepas mulai 4.30 petang dan menasihatkan orang awam agar tidak pergi ke lapangan terbang, selepas para penunjuk perasaan anti-pemerintah melakukan sekatan ke atas kemudahan itu.

Dalam nasihat perjalanan yang diterbitkan di lamannya, Scoot menawarkan bayaran kembali secara penuh atau pilihan tempahan baru bagi mereka yang menuju atau tiba dari Hong Kong antara 12 Ogos dengan 18 Ogos.

Para penumpang boleh menempah penerbangan tanpa bayaran tambahan dikenakan bagi penerbangan Scoot antara Singapura dengan Hong Kong, Singapura dengan Macau dan Singapura dengan Guangzhou dalam masa 14 hari daripada tarikh penerbangan asal mereka, menurut syarikat itu.

Sebagai alternatif, para penumpang juga boleh mendapatkan pembayaran semula dalam bentuk baucer penerbangan Scoot.

Dua penerbangan Scoot - TR974 dari Singapura ke Hong Kong dan TR 975 dari Hong Kong ke Singapura - dibatalkan pada Selasa sedang bantahan di lapangan terbang masuk hari kelima.

Penerbangan pada Rabu "buat masa ini beroperasi seperti dijadualkan", menurut syarikat penerbangan itu.

"Namun, Scoot akan terus memantau keadaan dengan teliti kerana masih terdapat ketidaktentuan."

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan