Images
  • scdf (1)
    (Gambar fail: SCDF/Facebook)

SCDF hantar 'Mesej Penting' pada 15 Sep ini

SINGAPURA: Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan membunyikan semboyan "Mesej Penting" pada 6.20 petang, Ahad (15 Sep) ini.

Orang ramai dinasihati supaya jangan cemas.

SCDF memaklumkan orang ramai yang mendengar semboyan itu supaya mengikuti mana-mana stesen radio tempatan atau saluran televisyen Mediacorp untuk mendengar satu pesanan ringkas.

Semboyan itu juga akan dibunyikan di semua telefon bijak menerusi Aplikasi Mudah Alih SGSecure, yang tidak diletakkan pada fungsi senyap atau gegaran.

Ia akan berhenti selepas 20 saat atau sejurus pesanan itu dimaklumi. 

- CNA/AY/tq

Top