SCDF fail laporan polis terhadap 5 NSF kerana sebar gambar kemalangan Bionix
Pasukan Pertahanan Awam Singapura memfailkan laporan polis terhadap lima anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) kerana memetik dan mengedarkan gambar-gambar kemalangan melibatkan kenderaan Bionix di pusat latihan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).
SINGAPURA: Pasukan Pertahanan Awam Singapura memfailkan laporan polis terhadap lima anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) kerana memetik dan mengedarkan gambar-gambar kemalangan melibatkan kenderaan Bionix di pusat latihan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).
Gambar-gambar yang disebarkan online, menunjukkan kenderaan Bionix menghempap sebuah Land Rover yang remuk. Kakitangan SCDF dan sebuah ambulans boleh dilihat dalam gambar berkenaan.
Korporal Kelas Pertama (CFC) Liu Kai dipercayai sedang memandu Land Rover itu. Beliau meninggal dunia dalam kemalangan tersebut.
SCDF menyatakan bahawa dua daripada NSFnya yang memberi respons kepada kemalangan itu di Kawasan Latihan Jalan Murai pada 3 Nov mengambil gambar-gambar di tempat kejadian tanpa meminta izin. Mereka mengirimkan gambar-gambar itu kepada NSF lain melalui satu ruang sembang WhatsApp.
Tiga daripada NSF yang menerima gambar-gambar itu kemudian mengongsinya dengan rakan-rakan lain, menurut SCDF. Salah satu gambar yang dipetik kemudian muncul di media sosial.
"SCDF memandang serius perkara ini dan sudah memfailkan laporan polis terhadap lima NSF itu atas tindakan yang dilakukan tanpa izin."
CFC Liu, 22 tahun, seorang pengendali pengangkutan dari Hab Barat Pengangkutan SAF, sedang memandu sebuah Land Rover sebagai sebahagian daripada latihan tentera apabila satu kenderaan Bionix berundur dan melanggar kenderaannya di kawasan latihan Jalan Murai pada Sabtu (3 Nov).
Mendiang tidak menyedarkan diri dan segera dibantu oleh kakitangan paramedik, namun kemudian disahkan mati, menurut Kementerian Pertahanan.
Satu upacara persemadian tentera bagi CFC Liu dijalankan awal minggu ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.