Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SCDF bunyikan isyarat Hari Pertahanan Mutlak pada 15 Feb

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan membunyikan isyarat "Mesej Penting" pada Sabtu (15 Feb), sempena Hari Pertahanan Mutlak.

Anggaran Waktu Membaca:
SCDF bunyikan isyarat Hari Pertahanan Mutlak pada 15 Feb

Gambar fail kenderaan dan peralatan SCDF.

Diterbitkan : 13 Feb 2020 11:21AM Dikemas Kini : 13 Feb 2020 11:23AM

SINGAPURA: Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan membunyikan isyarat "Mesej Penting" pada Sabtu (15 Feb), sempena Hari Pertahanan Mutlak.

Latihan selama seminit itu akan dibunyikan melalui semboyan Sistem Amaran Awam pada pukul 6.20 petang bagi menandakan detik tentera Britain menyerahkan diri kepada tentera Jepun pada 1942.

"Isyarat dibunyikan melalui Sistem Amaran Awam bagi memperingati serta menekankan pentingnya detik bersejarah itu," menurut SCDF dalam satu kenyataan media pada Khamis (13 Feb).

Orang awam dinasihati supaya jangan cemas apabila latihan itu dijalankan, menurutnya lagi.

Isyarat itu juga akan dibunyikan menerusi semua telefon bijak yang sudah memuat turun aplikasi mudah alih SGSecure, yang tidak diletakkan pada fungsi senyap atau getaran.

Isyarat tersebut akan berhenti selepas 20 saat atau sesudah mesej itu diterima.

Apabila orang awam mendengar isyarat itu, mereka boleh mengikuti mana-mana stesen radio tempatan atau menonton saluran TV Mediacorp untuk mendengar mesej ringkas itu.

Orang ramai juga boleh melungsuri laman SCDF untuk mengetahui lebih lanjut mengenai isyarat Sistem Amaran Awam.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan