Images
  • scdf vehicle
    Gambar fail kenderaan dan peralatan SCDF. 

SCDF akan bunyikan semboyan Sistem Amaran Awam seluruh negara pada Jumaat

SINGAPURA: Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan membunyikan semboyan Sistem Amaran Awam di seluruh negara pada jam 6.20 petang, Jumaat (15 Feb) sebagai sebahagian daripada Hari Pertahanan Mutlak.

"Jangan cemas bila semboyan dibunyikan selama seminit," kata SCDF dalam satu kenyataan media pada Rabu (13 Feb).

Apabila dibunyikan, orang awam boleh segera mendengar sebarang stesen radio tempatan atau saluran TV Mediacorp untuk mendegar pesanan ringkas Sistem Amaran Awam.

Isyarat yang sama juga akan dibunyikan pada semua telefon bijak yang dilengkapi aplikasi mudah alih SGSecure yang tidak diletakkan pada fungsi senyap atau gegaran.

Semboyan itu dibunyikan pada jam 6.20 petang pada 15 Februari untuk menandakan waktu pihak Britain menyerah kepada tentera Jepun pada 1942.

Diadakan secara tahunan, latihan membunyikan semboyan itu adalah sebahagian daripada usaha SCDF untuk membiasakan orang awam dengan isyarat Sistem Amaran Awam dan meningkatkan kesedaran mereka tentang cara untuk bertindak bila mendengar isyarat itu. 

- CNA/NA/na

Top