Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SBS Transit, SMRT, ST Engineering meterai perjanjian bangun keupayaan kejuruteraan kereta api

Satu perjanjian dimeterai pada Isnin (17 Jun) untuk membangunkan keupayaan kejuruteraan Singapura bagi operasi dan penyenggaraan kereta api. Perjanjian pertama seumpamanya itu dimeterai antara para pengendali kereta api, SBS Transit dan SMRT serta ST Engineering.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Jun 2019 08:13PM Dikemas Kini : 17 Jun 2019 11:10PM

SINGAPURA: Satu perjanjian dimeterai pada Isnin (17 Jun) untuk membangunkan keupayaan kejuruteraan Singapura bagi operasi dan penyenggaraan kereta api.

Perjanjian pertama seumpamanya itu dimeterai antara para pengendali kereta api, SBS Transit dan SMRT serta ST Engineering. Ia juga menandakan kerjasama secara rasmi antara kedua-dua pengendali MRT.

Perjanjian itu membolehkan kedua-dua pihak menumpukan perhatian kepada isu-isu strategik jangka panjang.

SBS Transit, SMRT dan ST Engineering akan bersama-sama mengendalikan projek yang saling memenuhi keperluan satu sama lain.

Sebagai permulaan, mereka akan menumpukan perhatian kepada membaiki kad-kad elektronik kereta api.

Alat-alat ini bertanggungjawab bagi isyarat antara kereta api dengan peralatan landasan dan boleh menyebabkan gangguan khidmat kereta api, jika rosak.

Buat masa ini, para pengendali bekerja secara berasingan untuk memperbaiki masalah-masalah kad elektronik seperti menghantar alat itu ke Pengeluar Peralatan Asli (OEM).

Dengan kerjasama ST Engineering, isu-isu lebih rumit juga dijangka dapat diatasi dengan lebih cepat.

Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan berkata perjanjian itu merupakan langkah kecil dalam strategi Singapura untuk mengembangkan industri rel.

Tahun lalu, Encik Khaw menekankan tentang pentingnya penyelarasan dalam sistem ketika rangkaian kereta api Singapura semakin meluas. 

Sumber : CNA/AQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan