Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sayap wanita PAP bentuk 2 kumpulan pacu kajian, dasar isu wanita

Sayap wanita Parti Tindakan Rakyat (PAP) akan membentuk dua kumpulan bagi memacu usaha kajian dan dasar terhadap isu-isu wanita.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Mar 2021 05:50PM Dikemas Kini : 07 Mar 2021 12:27AM

SINGAPURA: Sayap wanita Parti Tindakan Rakyat (PAP) akan membentuk dua kumpulan bagi memacu usaha kajian dan dasar terhadap isu-isu wanita.

Usaha itu diharapkan akan membawa kepada perubahan dasar jika perlu.

Menteri Tenaga Manusia (MOM) Josephine Teo yang juga merupakan pengerusi sayap itu mengumumkan demikian hari ini (6 Mac) semasa satu sambutan Hari Wanita Antarabangsa.

Kumpulan kajian Sayap Wanita PAP akan diterajui Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol Yeo Wan Ling.

Ia akan meninjau trend baru seperti aturan bekerja dari rumah dan kesannya terhadap kerjaya golongan wanita serta topik keprihatinan seperti rangka kerja hukuman baru bagi kesalahan seksual yang diumumkan semalam (5 Mac).

Cik Yeo, yang juga merupakan anggota kesatuan sekerja menambah, pasukan beliau akan mendapatkan pandangan daripada rangkaian PAP dan kesatuan-kesatuan sekerja.

Hasil kajian itu akan dikongsikan dengan kumpulan dasar yang diterajui AP GRC Marsiling-Yew Tee Hany Soh.

Pasukan Cik Soh kemudian akan membentangkan isu-isu tersebut di Parlimen atau menghasilkan kertas pendirian.

Sayap Wanita PAP sudah menghasilkan enam kertas kedudukan dalam tempoh sedekad lalu, meliputi topik seperti perkahwinan, keibubapaan dan perbezaan jantina.

Kesemuanya, menurut sayap itu, sudah mencetuskan beberapa bentuk perubahan.

Usaha untuk meningkatkan pembangunan wanita juga sedang dijalankan dengan pemerintah bakal menghasilkan kertas putih pada lewat tahun ini.

Sumber : CNA/RU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan