Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

"Saya rasa amat terhormat dengan kepercayaan dan keyakinan Perdana Menteri serta rakan-rakan Kabinet": Heng

Menteri Kewangan Heng Swee Keat dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri (DPM) berkuat kuasa 1 Mei ini, sekali gus memperkukuhkan jangkaan beliau akan mengambil alih pentadbiran negara ini.

Anggaran Waktu Membaca:
"Saya rasa amat terhormat dengan kepercayaan dan keyakinan Perdana Menteri serta rakan-rakan Kabinet": Heng

Gambar fail Menteri Kewangan Heng Swee Keat. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 23 Apr 2019 07:55PM Dikemas Kini : 23 Apr 2019 07:58PM

SINGAPURA: Menteri Kewangan Heng Swee Keat dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri (DPM) berkuat kuasa 1 Mei ini, sekali gus memperkukuhkan jangkaan beliau akan mengambil alih pentadbiran negara ini.

Dalam satu kenyataan, Encik Heng berkata beliau berasa terhormat dengan kepercayaan dan keyakinan Perdana Menteri serta rakan-rakan Kabinetnya memberi beliau tanggungjawab sebagai DPM.

Timbalan Perdana Menteri sekarang Encik Teo Chee Hean dan Encik Tharman Shanmugaratnam melepaskan jawatan mereka dan akan dilantik sebagai Menteri Kanan dalam Kabinet.

Menurut Encik Heng, beliau telah meraih manfaat besar daripada nasihat PM Lee serta kedua-dua DPM Teo dan Tharman serta rakan-rakan Kabinetnya yang lain.

Encik Heng menambah beliau dan rakan-rakan Kabinetnya mempunyai satu tujuan untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat Singapura.

Bersama dengan para Anggota Parlimen serta perkhidmatan awam, kata Encik Heng, mereka akan berusaha membina hubungan yang teguh dengan rakyat Singapura, bekerja bersama-sama untuk memajukan negara dan membina masa depan lebih baik bagi rakyat tempatan.  

Sumber : CNA/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan