Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Saya ingatkan beliau pasti akan katakan tidak': penghantar makanan GrabFood yang lompat atas trampolin

Encik Sharil Berlandier sudah tidak ingat lagi kali terakhir beliau melompat di atas trampolin.

Anggaran Waktu Membaca:
'Saya ingatkan beliau pasti akan katakan tidak': penghantar makanan GrabFood yang lompat atas trampolin

(Gambar-gambar: Sharil Berlandier)

Diterbitkan : 07 Apr 2021 10:34PM Dikemas Kini : 07 Apr 2021 10:36PM

SINGAPURA: Encik Sharil Berlandier sudah tidak ingat lagi kali terakhir beliau melompat di atas trampolin.

Maka itu, penghantar makanan dengan GrabFood ini tidak melepaskan peluang untuk berbuat demikian apabila dibenarkan untuk melompat di atas trampolin milik seorang pelanggannya.

Video jejaka berusia 25 tahun itu melompat di atas trampolin di rumah pelanggannya di Seletar menjadi tular - meraih lebih 1.2 juta tontonan di TikTok sahaja.

Video sepanjang 50 saat itu dirakam menggunakan kamera GoPro yang dipasang di topi keledar motosikalnya.

Beliau boleh didengar meminta kebenaran daripada pemilik rumah bagi kesempatan melompat di atas trampolinnya "untuk berseronok" buat seketika, setelah membuat penghantarannya.

Apabila diberi kebenaran oleh pelanggan tersebut, Encik Sharil menghampiri trampolin tersebut, dan tergelak sambil melompat selama sekurang-kurangnya 10 saat.

Video tersebut dimuat naik ke beberapa akaun media sosialnya pada 29 Mac.

"Saya ingatkan beliau pasti akan katakan tidak," kata Encik Sharil mengenai pelanggan itu, sambil menambah ia adalah pengalaman yang "hebat".

"Terutamanya pada hari yang begitu stres, di mana anda perlu tunggu lama di restoran atau kadang-kala pelanggan tidak begitu baik," katanya kepada CNA dalam satu wawancara pada Selasa (6 Apr).

"Kemudian anda jumpa dengan pelanggan yang amat ramah dan tidak keberatan membenarkan anda memasuki rumah mereka... ia sebenarnya pekara yang agak positif."

"Bukan semua orang negatif dan (tidak peramah)," tambahnya.

Encik Sharil percaya permintaannya yang spontan, dan sikap terbuka pemilik rumah itu, yang menyebabkan video tersebut tular di media sosial.

"Saya rasa biasanya, rakyat Singapura, tidak melakukan perkara sebegini, kami tidak biasa meminta sesuatu." 

Sumber : CNA/NA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan